Sunday, February 1, 2009

Punggah siri 2

Syam. Sedap kan nama tu. Itulah nama guard baru kitorang. Tapi sebab punggung dia yang cam sedap, canthek terletak, gebu bergetah.. jadi penulis decide nak panggil dia PUNGGAH = Punggung Bergetah. Punggah ni atlit. Wakil MSN. Belajar pun skolah sukan. Baru habis SPM. Tengah tunggu result la ni. Cita-cita nak jadi akauntan. Oklah tu.. Dari dia duk pursue bidang sukan yang tak selalunya cerah masa depan ni (nak2 pulak dalam bidang olahraga yang penulis rasa Malaysia perlu 10 tahun lagi untuk maju). better dia concentrate on study, dapatkan segulung ijazah. Sukan, dia nak aktif, aktiflah.. Tapi part time ajelah..Dahulukan study yang penulis rasa, itulah yang terpenting dalam hidup seorang remaja sepereti si Punggah ni. Pergh, itulah kata2 nasihat yang penulis berikan pada si Punggah ni. Huh, betul2 semangat seorang abang. Berkobar2 ingin melihat seorang adik berjaya. Semangat ada makna. Hik hik hik!!

Sebab penulis pun minat bersukan, juga seorang atlit di zaman student dulu, jadi perbualan kami jadi lebih hangat. Hubungan kami jadi lebih akrab. Hingga terlupa ada hati yang sakit, ada jiwa yang perit. He he. Mikael. Minta maaflah Mikael. Best man win..

Esoknya, penulis tiba awal di tempat kerja. Well, sebagai seorang pekerja yang berdedikasi lagi rajin, seharusnya kita tiba lebih awal dari waktu kerja. Ini penting ya. Lebih2 lagi jika anda bekerja di company ini, yang begitu mementingkan disiplin. Okaylah, malas nak hipokrit. Penulis tiba awal sebab x sabar nak jumpa Punggah.

"Hari ni hari last saya kerja sini bang" sepatah ucap Punggah. Impaknya bagai sebijik bom di hati penulis. Alasannya bosan. Kerja security hanya melihat. Melihat, melihat dan melihat. Bediri. Berdiri dan berdiri. Okay, alasan yang kukuh since awak tu memang seorang remaja yang aktif. Bukan seorang warga emas yang nak pegang cota pun terketar-ketar.. Jadi dengan berat hati nya penulis terpaksa melepaskan awak pergi. Jaga diri leklok... Kenapalah nasib penulis macam ni. Baru nak cucuk jarum, jarum patah. Baru nak jual minyak, minyak turun harga. Takpelah.. xde rezeki kot..

Kami sempat bertukar2 nombor telefon. Telefon rumah pun penulis ambil. Kalau ada public phone, punn penulis ambil.. Yela kan.. Kita kalau dah suka, sanggup buat apa sahaja.. Selang dua tiga hari kemudian, ada jugalah cuba2 menyundal. Manalah tahu kan, kot2 dapat. Tapi response yang diberi lebih kepada ala kadar. Ok, i get it. Budak ni memang straight!

Penulis ambil langkah undur diri. Tapi dua tiga minggu jugaklah penulis angaukan dia. Haiiii, Punggah oh Punggah....

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails