Friday, February 27, 2009

Berangan..


Masa kecik2 dulu, penulis suka menonton rancangan superheroes. Masa tu Ultraman merupakan idola semua budak2. Semua berangan nak jadi beliau. Kat dinding bilik, almari, basikal semua penuh dengan sticker Encik Ultraman Ace dan famili beliau. Ultraman Taro, Ultraman Leo, Father of Ultra bla bla.. (dulu penulis hafal okay!). Selain Ultraman, kami juga disogokkan dengan cerita Masked Rider, Flashman dan Maskman. Bila Power Rangers sampai ke Malaysia, demam superheroes menjadi2.. Penulis pernah terjun pokok sambil bergayut kat tali buai, semata2 nak tiru aksi Ranger Merah. Akibatnya, penulis jatuh tergolek. Elok je landing dengan kaki kanan terbelit kat tali buai. Hasilnya, bibir pecah, pipi tercalar teruk, pergelangan kaki penulis terseliuh dan sebulan penulis ponteng tadika. Berangan nak jadi Encik Ranger Merah. Hak Hak Hak..



Bila dah start sekolah, ada sorang budak dari KL pindah masuk ke sekolah kami. Dia sekelas dengan penulis. Dan duduk sebelah penulis. Arif (bukan nama sebenar) lembut budaknya. Ala2 adik2 jugaklah. Dia suka lukis gambar perempuan yang macam puteri, ratu dan bidadari etc. Masa rehat, selalunya dia suka main kungfu-kungfu. Dia akan berangan jadi puteri Maharaja China yang pandai berkungfu, siap dengan kain panjang yang boleh digunakan untuk melibas dan melilit musuh. Musuhnya? Penulis lah. Dan mulalah kami berangan boleh terbang dari pokok ke pokok, boleh keluarkan laser dari tangan dan bermacam lagilah..Hm, penulis ingat lagi Hikmat yang dia guna -Hikmat Cakerawala Puteri Kayangan. Penulis pulak guna Hikmat Musang Berapi. Kuat betul berangan kan..Itulah penangan komik2 dan filem2 buatan Hong Kong..



Menginjak kaki ke alam remaja, penulis berangan nak jadi artis. Dulu, majalah Hai dan URTV selalu keluarkan lirik2 lagu pilihan yang popular. Kerja penulis, gunting lirik dan tampal dalam buku scrap. Bila dengar radio, lagu favourite keluar je, mulalah menggelabah carik buku lirik, dan melalak bersama artis pujaan. Siapa? Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Amy Mastura. Kalau yang band pulak Search, Wings, Spoon, Spin, Spring, Ukays, Lestari. Tak ketinggalan New Boyz (NB). NB ni sebenarnya sucks, tapi sebab Tomok cute, sempat jugalah terhafal 'Sejarah Mungkin Berulang'. Masa tu, kalau duduk termenung, mesti terfikir2, hai bestnye kalau aku jadi artis..



Di bangku universiti, kawan2 dari golongan berada suka menayang kereta. Biasanya Kancil dan Kelisa lah yang paling common. Penulis telan air liur ajelah. Nak beli motosikal pun penulis tak mampu. Yang penulis mampu, berangan.. Memiliki sebuah CRV hitam metallic berplatkan WXX 1111. Petang2 penulis akan bersiar2 di sekitar kampus sambil mendengar 'Sejarah Mungkin Berulang'. Hak Hak Hak,.. Senyum penulis lebar sampai ke telinga. Menikmati angan2 yang percuma tanpa bayaran.



Bila dah meningkat usia ni, kadang2 penulis berangan untuk berumahtangga. Isteri penulis cantik. Mata besar, jernih dan warnanya hazel. Rambut lurus. Kulit putih-kuning langsat. Kurus dan kecil orangnya. Tinggi paras bahu penulis je. Anak penulis ada sepasang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Nama yang lelaki Mohd Adam, yang perempuan Nurhawa. Adam lasak dan nakal. Habis bunga mak dia dicabut2, dipatah2. Hawa pula manja dan rajin. Bijak dan petah berkata2. Hai, seronoknya kalau angan2 penulis jadi nyata...

Kalau jadi nyata, tentu sekarang penulis dah jadi suami dan bapa yang bekerja sebagai seorang penyanyi. Nama glamour 'Momok'. Waktu lapang, penulis akan melakukan kerja sambilan menjaga keselamatan negara bersama jiran penulis, Encik Ultraman Ace. Penulis akan meronda dengan CRV hitam di sekitar KL sebagai Ranger merah yang pandai terbang dan terer berkungfu..

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails