Sunday, February 22, 2009

Bahasa


Lama meninggalkan penapenis.. Terasa rindu ingin menulis. Baru2 ini penulis terlalu sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pekerja, lebih-lebih lagi di syarikat swasta ni. Er, sedikit skema ayat penulis kali ini. Sengaja dibuat skema kerana penulis ingin memartabatkan bahasa Melayu. Sebenarnya, penulis ingin berkongsi pengalaman dan meluahkan pendapat dalam isu kaum terutamanya isu bahasa yang sekarang ini kerap dibincang di media arus perdana.

Okay2, penulis tak nak hipokrit. Penulis tak mahir bersastera atau guna proper bahasa. Baik English mahupun Malay, bahasa penulis cuma ado' jer.. Penulis terpaksa ubah balik penulis punya writing style to something yang santai dan ringan, plus selit2 bahasa Inggeris but still a proper language lah... Hehe, rojak giler..

Bekerja dalam private sector, bersama international company with multiracial employee (most of them are chinese, normal lah tu..) penguasaan bahasa Inggeris is a must. English di mana-mana. Pantry? Nobody speaks 'apa khabar?'. Washroom? Nobody shouts "Eii, busuknya bau taik!' Office? Nobody whispers 'hm, bestnyer meng ular'. Semua pun nak speaking mat salleh. Bukanlah 100% English. Kadang-kadang adalah juga 'tong tong chang' atau 'pak klepak klepak klepung' ataupun yang broken tahap cipan.. Cuma penulis rasa 'pak klepak klepak klepung' tu bagai dipijak2 setiap hari, tak setaraf dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia. Kalaulah dalam perbualan harian pun, bahasa Melayu ditolak tepi ala2 melukut di tepi gantang, inikan pula dalam urusan rasmi. So setiap hari,berbelit2 lah lidah penulis cuba berbahasa Inggeris (walaupunn semua orang tahu atau sekurang-kurangnya faham bahasa Melayu sebenarnya).

Salah siapa bahasa Melayu dipinggir? Kaum lainkah yang bersalah? Atau adakah salah orang Cina sebab sampai sekarang hanya mampu menyebut 'ula lali lulus?' (dibaca ular lari lurus)? Atau adakah salah orang India kerana tidak mampu mengatur ayat yang lebih senang difahami instead of 'aku makan nasi juga itu kalu banyak murah'?

Pendapat penulis, orang Melayu sendiri yang salah sebab tak sedar diri...(Suasana hening seketika. Mood bertukar dari ceria kepada suram dan muram. Tiba2, anger arise!!Semua budak Melayu tersentap) Why?????????


Penulis pernah dianggap kampung bila berbahasa Melayu. Masalahnya yang menganggap kampung ialah orang Melayu sendiri. Kampungkah bahasa Melayu kita? Memanglah kampung. Tetapi dari kampunglah bermulanya Tanah Melayu. Dari kampunglah terbentuk Malaysia. Dari kampung jugalah berkembangnya pekan, kemudian bandar kemudian kota. Dari kampung jugalah datangnya kita, manusia yang membina peradaban masyarakat Malaysia moden. So, what is wrong with kampung?

Rakan2 penulis ramai yang terdiri dari golongan2 yang menggelarkan diri 'Melayu Urban'. Tah apa yang urban nya. Mungkin sebab dari kecil dok berbahasa Inggeris, makan burger king, minum coca cola. Penulis perasan golongan ini cukup bangga berbahasa Inggeris sampai tersangatlah pandang rrendahh kat golongan yang berbahasa Melayu pekat ni. Oh tuhan. Tolonglah...

Penulis kategorikan orang Melayu berangan ni kepada 3 tahap.

Berkulit sawo, bermuka Jawa, berrambut ikal bergulung-gulung, tapi kononnya tak faham atau fasih berbahasa Melayu mengalahkan orang putih sendiri. Itu golongan berangan kategori/tahap rendah, golongan berangan tahap sederhana pulak, dah start tak kenal budu, cencaluk atau petai atau durian... Atau apa sahaja yang ada kaitan dengan Melayu. Golongan tahap tinggi, ada nama Melayu, tapi sibuk kenalkan diri dengan nama Alexander lah, Lithmanlah, Lipton lah, St John ambulance lahh.. bila ditanya bangsa apa, tak mengaku Melayu... Haiyo!!! Hina sangat ke Melayu? Oppsssss (larikkk... ada orang tersentap..)

Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Signifikannya nukilan pena penulis dengan tajuk post ini adalah lebih kepada persoalan adakah benar statement yang dilafazkan oleh Encik Hang Tuah ni? Atau sememangnya Melayu sudah hilang ditelan zaman? Sesungguhnya isu bahasa, krisis identiti, perebutan kuasa, morality sememangnya bisa menelan kita; M.E.L.A.Y.U. dari Malaysia! (penulis takdelah terasa sangat sebab penulis memang siamese .. (Hak hak hak - gelak mengejek untuk orang Melayu).

2 comments:

DarcyDiaries said...

Salam..

Kadang2 saja je nak berbahasa English (bukan atas apa2 sebab yang sedara highlight kan in your writing tuh...) cuma sekadar untuk memperbaiki diri and also to be in par (again, i am not saying that cakap Melayu tuh tak bagus...)

P/S; No wonder laa comel..ada darah Siam rupanya...

zaineesqandar said...

thanx 4 your comment, penulis tak maksudkan semua, ada orang berbahasa kerana ingin memperbaiki diri, oklah tu, just b who u r.. yang penting ingat akar umbi.. anda tetap orang melayu, wlaupun tak nak mengaku.. hak hak hak ( gelak sinis untuk seorang sahabat penulis )

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails