Friday, March 13, 2009

GFilem

Kat Malaysia ni, makcik2 dan pakcik2 karyawan agak kurang berani mengetengahkan homoseksualism dalam karya mereka. Dari era filem hitam putih, melangkah pula ke era warna, sehingga ke era millenia, tidak banyak drama atau filem tentang gay dan homoseksual diskrinkan atau dilayarkan. Kalau adapun hanya secebis subplot sahaja, atau sub kepada subplot..atau cerita adik2 lembut, maknyah atau pondan yang cliche, yang telah sering kita dengar seperti Si Lembik, Sutun, Wali dan Waris Jari Emas. Eh eh, Waris Jari Hantu la... (marah abang Jari Emas kita, ops i'm sorry!!). Tahun 90an dulu, penulis ingat Spinning Gasing ada menyelitkan isu gay ( tu pun subplot je).Terbaru, cerita pendek yang lebih berani, yang mengupas isu hubungan songsang straight act hunk, iaitu Comolot. Pendapat penulis, hm,... okaylah.. at least there is somebody out there, dare to think and see reality out of the box.. Walaupun cuma short film. Itupun dah kontroversi nok.. Pehal!? Biasalah tu, Malaysia,..!

Ok.. cukuplah mukadimah.. Topik penulis yang akan datang ialah Filem/Drama Gay. Penulis nak share dengan anda semua info tentang cerita2 gay yang pernah dihasilkan negara2 luar seperti US, Brazil, Argentina, atau jiran2 kita yang peramah seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina. Hm,.. tengok balik buku 555 penulis ni, whoa..... ada banyak sebenarnya dalam list penulis. Ni tak tertaip gua ni beb.. Penulis ingat nak jadikan post ni sebagai weekly post lah... Setiap minggu 1 atau 2 cerita...

So, kepada anda di luar sana yang sedang cari citer apa yang best untuk didownload, mungkin post penulis nanti might be really useful? Lagi satu, kepada anda yang ada info tentang filem2 gay yang mungkin penulis terlepas pandang, bolehlah share2 ngan penulis sekali ye...Benda baik dan elok macam ni, sebar-sebarkanlah ye?



Masahista (The Masseur) ni filem dari jiran kita, Philippines yang memang kaya dengan jantan2 macho dan ganteng. Masahista atau tukang urut dalam bahasa kita dibikin pada awal tahun 2005 dan ditayangkan pada Oktober pada tahun yang sama.

Illiac (Coco Martin) seorang anak remaja yang kacak datang dari famili yang miskin. His father was totally alcoholic loser and useless. Untuk survive, Illiac realized his family could not rely on his pathetic father. So dia mengambil keputusan menjadi tukang urut kepada golongan gay di tengah2 kotaraya Manila.

Yang uniknya cerita ini, ia hanya berlaku dalam satu malam sahaja. Mengambil babak Illiac sedang mengurut sambil berbual dengan seorang customer sebagai tulang belakang, cerita ini dikembangkan melalui babak2 flashback yang touching dan bermakna. So, filem ni sekejap ke depan sekejap ke belakanglah. Sekejap kat rumah, sekejap di ranjang pengurutan. Illiac juga sempat berkongsi kisah hidup dengan mamat customer ni (mamat ni sebenarnya gersang dan tunggu masa je nak lahap Illiac kat bilik mengurut tu).

Part touchingnya, Illiac sambil mengurut, sebenarnya bergelut dengan emosi kerana bapak dia baru je meninggal. Untuk menyempurnakan upacara pengebumian, mengikut tradisi tempatan adalah menjadi tangungjawabnya..Hu hu... hu... hu.. Jap,.. take 5.. penulis ngah touching (katanya..)

Masahista ni penulis simpulkan sebagai konflik dalaman seorang anak muda yang sarat dengan harapan dan cita-cita. Apa yang menariknya tentang filem Encik Brillante Mendoza ni, adalah mesej yang ingin disampaikan (dan hot scene nya sekali). Pengarah berbakat ini berjaya mengadunkan imej yang sensual, script yang bermakna serta jalan cerita yang mantap. Dan filem ni memang berjaya. Best sebab banyak babak yang best dan melekat kat hati penulis. Plot dia simple..But well expanded and beautifully translated into the screen by the director, Brillante Mendoza yang memang briliant.

Kalau anda nak tahu kesudahan kisah Illiac, downloadlah movie ni. Atau mintak ngan penulis. Penulis ada copynya, tapi ada pengeraslah.. hahaha...Kepada sesiapa yang dah tengok, apa kata share pendapat anda di sini..




9 comments:

Anonymous said...

how i can get this movie?
or where i can download ?

Penapenis said...

i have the copy. But bad quality. Or else, just go to gaytorrent and download it from there..

Anonymous said...

can i have a copy of the film? berapa pengerasnya.

:N:A:Z:R:U:L:aziz: said...

nk movie ni leh x??
send kt i
niku_hanazs@yahoo.com

Anonymous said...

can i have dis movie please??
send at khairulkazimkazimi@yahoo.com

Penapenis said...

dear anonymous, i tak simpan softcopynyer sayang,, i ade vcd je which is really in worst condition..kalo i past kat u nanti u marah i balik pasal bagi vcd yang calar balar dengan cerita yang sangkut2...

fadz said...

Sah lah korang semua tak pernah ke Rainbow.. di situlah terletaknya khazanah nak cari filem2 sebegini yang bagus!

ohhhh, ekau rupanya yg tulis RABAK!! Bukan main nak menutup, see aku jumpa jugak, hahahahaha!!

yeap, aku juga ada perturunkan ilm dalam OMK kelolaan Azwan Ismail..

fadz said...

btw, ini antara yg boleh kau cari dan merupakan antara yg aku suka dalam genre filem sebegini:
Trick: filem romantis komedi dalam kejadian 1 malam,simple tetapi antara kegemaran peribadi aku.
Boys in the Band: filem adaptasi teater yg menghimpunkan jerit bitchy anak2 NY, filem ini memulakan filem "himpunan" seperti Broken Hearts Club dll.
Paris is Burning: dokumentari yg berkuasa dan perlu ditonton oleh anda semua!
Ang Lalaki sang Parola: filem pinoy yang menyesakkan dan berkuasa, mencampurkan gaya pascamoden, mitos dan cinta.
No Regrets: sebuah filem korea yg amat berkuasa, antara kegemaran saya, malah filem ini melampaui tontonan utk lelaki shj.
Torch Song Trilogy: juga kegemaran aku, kisah seorang ratu dalam tiga peredaran masa, adaptasi drama yg menang Tony.

fadz said...

hmmmm, xpe xpe, tak balas pun eh mesej aku..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails