Friday, April 3, 2009

Rabu..

Mata penulis berpinar. Telinga berdesing dan kepala rasa berpusing-pusing. Bagai ternampak bintang2 kejora. Kelibat manusia samar-samar kelihatan. Sesaat. Dua saat. sepuluh saat. Hampir seminit berlalu, dan barulah penulis boleh melihat dengan jelas kembali. Hayunan kencang bola yang tepat mengena kepala penulis (sebetulnya ditulis terkena muka penulis) membuatkan penulis biol seketika. Tetapi penulis masih mampu lagi tersengih-sengih. Ibarat kerang busuk..

Pada waktu itu, ketika itu dan saat itu, cuma ada satu yang bermain di minda penulis. Abang XXXX..

Malam Rabu hari tu merupakan kali ke 4 penulis join Geng Planet Hitam bermain bola tampar di Taman Tasik FFFFF. Fun habis. Di sana penulis boleh jumpa pelbagai telatah Encik Gayah. Gedik, macho, gecho (gedik tapi macho) dan bermacam ragam lagilah spesies PLU. Whatever it is, to me, this geng is unique as each member dare to step out of closet, showed his own character and showed how gay is he. Yang penulis respect, still maintain bermain like a pro! (walaupun kakaks kepits telur).

Masalahnya, sekarang bukan itu yang penulis nak cerita.. Pada waktu ini, ketika ini dan dan saat ini, cuma satu yang bermain di minda penulis. Abang XXXX.. heh heh heh (gelak jantan miang).

Penulis dah lama memerhatikan Abang XXXX ni. Dari hari pertama penulis membuat penampilan sulung (debut katanya). Tapi masa tu perasaan tak membuak lagi. Cuma terdetik di hati, 'hm,, sedap lah Abang XXXX ni!. Mesti rasa coklat vanilla'. Berbadan tegap, berkulit sawo, hidung mancung, matanya redup. Betisnya berisi (rasa cam nak geget jerr). Suaranya merdu. Macho dan jantan (kadang2 terlepas jugak suara kakaksnya-tak pelah, hati dah suka, dimaafkan).

Tika mata bertentang, penulis dah jadi tak tentu arah. Bagai jatuh dilambung, sakitnya tak terkira. Bagai luruh jantung, debarannya berganda! (Aiyo!berpantun pula!). Memang penulis tak senang duduk. Tatkala mata bertentang mata.... blup blup blup blup...(penulis sedang mencair). Dan mulalah main kelam kelibut.

Kali ketiga kunjungan penulis, perasaan di hati makin tak tentu hala. Dari pagi, bangun sahaja dari tidur- "Hari ni hari Rabu!! Volleyball!! Abang XXXX!!!" Di tempat kerja pula - "Volleyball!! Abang XXXX!! Batang Abang XXXX!!!" Itulah kerja penulis. Berangan. Hari tu masa seakan berlalu perlahan. Jam di monitor PC baru pukul 6 petang. Tapi penulis dah tak sabar2 nak balik (walhal game bermula pukul 9 malam). Bukan apa, penulis tak tertahan ingin menatap wajahnya, mendengar hilai tawanya dan menonton aksi hebatnya. Ah ah ah (bunyik jantan horny).

I don't really sure what is this. This feeling is created genuinely deep inside my heart towards this respective man. Rasa macam suka. Suka dan minat. Dan memujanya dalam diam. Crush? Hm.. Maybe I have a crush on him? I have a crush on Abang XXXX!!? Oh tuhan! Penulis dah lama tak menyimpan rasa ini. Rasa ini memang hebat. Dan menjerat. Dan berat...

When you have a crush on someone and you find out that he likes you, too, it's a wonderful feeling. Tapi bagaimana kalau it doesn't work out that way. Bukan senang beb nak jumpa manusia yang punyai rasa yang sama dengan kita. Itu yang berat. Penulis rasa, kalau penulis ikutkan sangat rasa yang membelenggu, makin penulis angau, makin penulis buat kerja bodoh dan penulis sebenarnya makin terancam. Terancam pasal kalau bertepuk sebelah tangan, i might feel rejected. This feeling will lead me to heartbreak! Kachiwa!! Penulis tak nak kecewa! Lagipun buat apa terhegeh2 kat orang padahal kita pun dah berpunya!! Bengap! Dah, dah!! Berhenti berangan dan balik ke alam nyata.

Langsung, pagi tadi penulis bangun dengan semangat yang berlainan. Semangat untuk hidup. Semangat untuk jadi insan yang lebih matang dari semalam. Tak main lah crush- crush ni. Ni budak2 punya cerita. Come on lah. Patutnya, di kala usia begini, penulis sudah mampu membezakan apakah cinta benar dan cinta monyet. Harusnya, penulis buang sahaja perasaan itu atau tolak jauh ke tepi..

Penulis dah kering idea. Tak tahu apa yang hendak dinukilkan. Sambil duduk berfikir, sempat pula penulis menyelak kalendar. Hm, hari ni baru hari Jumaat. 3 April. Hai, lambatnya masa berlalu. Lambat lagi la hari Rabu...

4 comments:

DarcyDiaries said...

well...org2 ensem mcm u nih tak rugi.
X dpt satu, dpt satu lagi yang baru...

memang non stop replacement...

zaineesqandar said...

haha, i take it as a compliment ya mrdarcy. BTW, me not that kind of person lah!

Shayne said...

yeay!! first post yg kaler2 hehehe
sy dh bace suma post penulis....
sy suka gy penulisan penulis...
kemas dan tersusun... xkira english or malay........

zaineesqandar said...

yeah.. my 1st post yang kaler2.. unfortunately i dont tink it is nice..so penlis tukar balik kepada kaler putih yang lebih konvensional..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails