Friday, April 24, 2009

Talkshow

"Hai, anda bersama saya, Zain Eesqandar dalam Lelaki Hari Ini, episod 1, musim pertama yang bersiaran secara langsung dari studio 8, Sri Stage dan sudah tentu, di TV13.

Lelaki Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara terbaru, yang kami sajikan khas buat anda bagi mendekati dan menyelami dunia lelaki yang serba misteri, serta mengupas dan membincangkan isu2 semasa kaum Adam ini, yang sama ada kita sedar atau tidak sedar, penuh dengan kontroversi..."


Penulis terbayang satu set yang simple, tapi masih gah dan serba kreatif dengan suntikan kontemporari, serta penuh dengan elemen-elemen yang bercirikan lelaki urban. Penulis juga terbayang lampu2 spotlight yang terang benderang tu diletakkan di hadapan penulis. Silau lah! Dah lah panas! Dan juga sebuah teleprompter di hadapan penulis yang akan membantu penulis kalau2 lupa skrip atau tiba2 terkelu tiada idea. Kemudian penulis terbayang floor manager yang kelam-kelibut di belakang kamera, sambil mengarah runner ke sana sini, mengambil itu dan ini. Kasihan budak runner tu, berpeluh2 dan tercungap2. Biasalah, budak baru..

Sebenarnya kali ini penulis nak berangan. Berangan menjadi producer sebuah talkshow, Lelaki Hari Ini (LHI). Dan yang penting, penulis juga adalah hostnya. Dan juga penulis skripnya. Hak hak hak (gila kuasa!). Director bagi orang lainlah. Mati kering pulak penulis nanti. Sejujurnya, penulis tak ada pengalaman pun dalam bidang broadcasting ni.. Saja goreng2, berdasarkan pengalaman menonton movie dan drama tentang dunia broadcasting. So betulkan penulis kalau2 imaginasi penulis tadi salah..

Bercerita tentang talkshow, penulis minat betul dengan sebuah program yang dihostkan oleh Ally Iskandar, Ally. Cukup informative walaupun santai. Cukup menghiburkan walaupun kadangkala isunya berat. Dan penulis juga kagum dengan gaya penyampaian Ally yang bersahaja. (minat Ally juga as i think he's kinda cute! ). Ally membuatkan penulis rasa sangat tertarik hati untuk menceburi dunia penyiaran. Kadangkala, di kala menonton rancangannya, penulis tidak peduli tentang isu yang dibawa, tidak langsung ambil kisah dengan butir kupasannya. Yang penulis perhati ialah tutur kata Ally, vokal dan sebutan dia, pernafasannya serta body languagenya.

Terus sahaja penulis ke hadapan cermin dan berangan menjadi Ally. Dialog Ally, penulis ulang semula. Sambil2 beraksi, penulis tenung2 diri sendiri lama-lama. Hm, meletop juga penulis ni kalau masuk TV.

Tapi kenapa masa bercakap mulut senget? Kening pula terangkat2 macam Qhaud AF7? Hidung kembang kempis.. Tangan pula macam Karam Singh Walia? Dan yang penting, kenapa tergagap-gagap? And sometimes blur, no idea at all.

Aiyo.. susah rupanya mengendalikan rancangan televisyen ni. Penulis kembali semula duduk bersidai di hadapan TV. Menonton rancangan lain pula. American Idol. Bestnya kalau dapat jadi Simon Cowell. Fikiran penulis mula nak melayang lagi....

Tapikan, program bual bicara khas untuk makhluk lelaki jarang2 orang buatlah. Kalau ada pun, Oh Lelaki kendalian Nana AF dengan Farah Fauzana. Kan bagus kalau LHI penulis menjadi kenyataan. Bolehlah kami bersaing merebut rating..

2 comments:

Puteraensem said...

Malaysia nie masih belom bole terima jika sesebuah rancangan Bual Bicara yg menggupas isu-isu panas secara terang-terangan.Tp kalaulah bole, Sure dah ada orang lain mula kan dulu..Tapi tak salah kalau saudara ZaineesQANDAR cuba dulu,mana tau itu satu permulaan yg berjaya..sure ramai pengikunya.Dah terlalu byk isu Talk Show ttg wanita.Tentang Lelaki ada tp x best lah klu di Hos oleh Perempuan,skrip nya berat sebelah sbb producer nya juga wanita..so amcm ada berani? aku sokong ko dari belakang..mana tau ko nak ambil pembantu ke or nk sharing2 idea utk skrip/tajuk tau "HotChat" utk minggu mendatang, aku nope prob utk duduk perah otak sharing idea ;) wah! skit sebayak aku mula dah terikut-ikut kisah ko nie huhuh..tp jgn di pandang ringan,jangan di pandang sinis & jangan di ketawakan idea ko nie,sape tau jadi kenyataan & ko akan sama sebaris mcm pengacara Ally Iskandar tu..InsyAllah..ini pendapat aku saja..tp ada benarnya gak pe ko katakan tu..tak salah mencuba..cuma masyarakat m'sia jer x tau sama ada bole terima @ tidak..tp aku sure rakyaat m'sia skrg dh mula bole terima semuanya..mereka dah jauh terbuka minda,bkn lagi mcm dulu,kalau ada pun hanya segelintir saja..All the best..ok ;) wassalm.

Penapenis said...

thanks for the feedback, and of course for supporting me Encik Puteraensem.. Penulis hanyalah seeokor semut hitam sahaja di negara berdaulat ni. Hanya mampu berangan. Tapi tak salah berangan kan. Dari angan-angan, terbitlah daya. Dari daya tercipta usaha. Dari usaha, lahirlah jaya.. hahaha..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails