Wednesday, April 1, 2009

Dilema Embi..

Penulis demam. Dah seminggu. Mood untuk online tu dah takde. Kalau ada pun suam2 kuku ajelah kerana penulis memang tak larat nak tatap skrin komputer ni. Berpinar je mata. Dah la hari2 kerja menghadap skrin.

Merujuk kepada my previous post, ive mentioned about Embi and his moody day. Cari punya carik. Korek punya korek, dan gali sedalam-dalamnya, tak juga jumpa apakah yang buat Embi mencuka. Sehinggalah penulis terpandang rambut Embi. Dari depan nampak normal. Hensem. Kacak segak idaman PLU se Malaya. Pandang dari atas, baru nampak celanya. Rambut Embi boleh dibilang. Jarang dan kurang. Sehingga nampak kulit kepala. Owh.. Okay! I get it.

Kenapa rambut awak ni?

Dan Embi mula bercerita..

"Saya ke kedai gunting rambut Indon yang selalu kita pergi tu. Niat hati nak buat style mat rempit macam awak. Saya dah explain jelas dan terang. Nak buat macam ni, macam tu. Dan paling saya tekankan, kat atas jangan potong pasal rambut saya memang jarang kat bahagian atas. Kalau potong pendek, memang terserlah kebotakkannya. Masalahnya Si Indon blur ni pulak tak dengar cakap. Dia pergi tarah selamba. Tak sempat nak buat apa2. Itu yang saya hangin ni. Dah la susah nak ternak rambut ni.. Makin hari makin gugur adalah instead of tumbuh subur. Benci benci benci!!!!!!"

Hm, penulis memang simpati pada Embi. Pendapat yang berlegar di benak, botak aje lah B. Habis cerita. Lagipun awak nampak hensem jugak kalau botak! Tapi penulis tahu, Embi akan ketuk kepala penulis andai itu yang penulis sarankan.

"Apakata kita pergi Yun Nam? Tengok jadik ke tak?" Terkeluar dari mulut penulis idea itu.

"Tak jadi. Pasal kawan saya dah pergi. Habis beribu, hasil tadakk."

Kesimpulannya, our discussion end up at nowhere. Hari ke hari, semakin banyak rambut yang gugur. Di bantal, di tilam, dalam tandas, dalam kereta bersepah dengan rambut Embi. Embi semakin fobia. Dan semakin moody. Penulis pula semakin pening..

Dua tiga menjak ni Embi semakin obses pada produk menyuburkan rambut. Bermacam diborongnya. Minyak pelebat rambut lah. Syampu pengahalang rambut gugurlah. Lotion lah. Gel lah. Masalahnya, pakai tak sampai 2 minggu dah mula berkira2untuk membeli produk lain. Alasannya, tak berkesan.. Hallo!! Awak pakai baru dua tiga hari, macam mana nak tengok hasil. Koman2 pun 2 ke 3 bulan pakai baru boleh decide berhasil ke tak. Rambut tak tumbuh 5 cm sehari. Paling panjang pun 0.25 mm - 0.70 mm sehari ok!(sila rujuk wikipedia)

Dan dua tiga menjak ni juga, Embi menjadi fobia pada helmet pula. Katanya, helmet itu menyumbang kepada keguguran rambutnya. Ok. Alasan yang baik untuk mengelak dari naik Satria Cinta (motosikal kesayangan). Hasilnya, ke mana2, jika berdua perlulah berkereta even ke kedai makan yang jaraknya 2 marhalah je (err, 2 marhalah tu berapa ye? main sental je penulis ni). Kadang2 tu ada jugalah naik Satria Cinta, tetapi Embi tetap berkeras tak nak pakai helmet. Kalau dalam area rumah ni tak nak pakai helmet, boleh la. Dimaafkan. Tapi kalau keluar jauh ke KL atau Wangsa Maju, terpaksalah menggunakan Zax (walaupun traffic jam! Ya ampun!)

Kalau dulu sebelum tidur, penulis suka gentel Embi (jangan salah faham istilah gentel ini ya). Penulis suka peluk dan cium Embi. Kadang2 belai rambut Embi (adush, romantik bangatt). Sekarang, penulis tersentuh rambut, Embi menjerit ibarat terkena bara api. Dia punya marah bak halilintar membelah bumi.

"Janganlah pegang rambut! Gugur nanti!!!"

Owh, okay! Dan tidurlah penulis tanpa membelai Embi macam dulu2. Sambil hidung kembang kempis menahan bau hangit dan hancing (aroma minyak bijan apa tah yang Embi usap kat kepala sebelum tidur)..

1 comment:

Yul@A.J.M.S.M said...

sory la baru dapat baca blog ni sekarang . may be it's a bit late for me. huhu. macam mana dengan keadaan rambut embi, still same like b4. try using garlic, may be it gonna be work at him

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails