Monday, April 20, 2009

Patah


Dia baik. Hatinya ikhlas, jiwanya penyayang. Tuturnya lembut, cakapnya sebutir-sebutir dan tersangatlah sopan. Berwajah abang-abang, dengan kumis manja dan kening yang lebat. Serta sedikit kawah jerawat di muka sebagai pemanis wajah. Umur? Hm, dia bakal menginjak ke usia 30 tahun beberapa hari lagi. Honestly, payah rasanya hendak dicari makhluk yang baik seperti Abang QQQ ini (malangnya mamat ni straight okay!)...

Roda hidup Abang QQQ akhirnya berputar sehingga ke pusingan dia berjumpa dengan seorang gadis, Kakak PPP. Bertudung litup, berasal dari pantai timur yang kaya dengan tatasusila, Kakak PPP memang manis dan bagi penulis memang calon yang sesuai dengan karakter Abang QQQ. Malangnya, hubungan mereka tidak menjadi (selepas beberapa bulan bertunang). Dan penulis lihat, Abang QQQ memang down ..Macam orang sasau. Macam orang gila talak pun ada.

Life goes on. Detik berlari. Hari bersilih. Bulan berganti. Hati yang sepi terisi kembali. Kali ini cinta Abang QQQ milik Kakak KKK, seorang gadis gebu lagi bergetah. Tetapi kisah mereka dari awal lagi sudah bermasalah as most of his best friends membantah. Termasuklah penulis. Gara-gara peribadi Kakak KKK yang sosial, terbuka dan serba terdedah. Masalahnya, Abang QQQ degil. Tetap nak cari penyakit.

"Kenapa harus membenci dia, andai saya mampu mengubah sikapnya? " Kata Abang QQQ. Oh.. Okay. Selamat maju jaya, abangku.

Kakak KKK ni kaki joli. Ramai kawan lelaki dan gemar pula berparti. Setiap malam ada sahaja aktiviti. Pendek kata, tak lekat di rumahlah. So Abang QQQ mula panas hati. Sesekali dia sound jugak minah senget ni, tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Sound dengan mulut tak jadi, Abang QQQ sound pula dengan tangan. Minah ni sentap dan ingin putus (tu belum sound dengan kaki...). Kasih punya pasal, Abang QQQ pujuk dia supaya kembali dan berjanji bersikap lebih terbuka (aih, penulis mula keliru, siapa yang mengubah, siapa yang diubah?). Dan begitulah rutin harian mereka. Berperang dan berdamai. On dan off.

Suatu hari penulis mendapat tahu Abang QQQ hilang tanpa khabar berita. Langsung tiada sms. Phone call pula tidak berjawab. Tiada sesiapa tahu ke mana Abang QQQ membawa diri. He even quits his job! Semuanya gara-gara dirinya tidak dapat menerima kenyataan. Kenyataan di mana satu majlis perkahwinan akan diadakan tidak lama lagi di antara Kakak KKK dengan lelaki lain. Lah, Abang QQQ dan Kakak KKK dah putus ke?

Semua tertanya-tanya, di mana Abang QQQ? Hampir dua bulan dia menghilang diri. Bimbang juga kalau2 dia buat perkara yang bukan2. Dia bukan bodoh. However, he tends to do stupid things. Teringat pula, bila putus tunang dulu, dia pernah berkata sudah give up dengan perempuan. Penulis anggap dia main2. Alah, statement orang putus cinta...Penulis tahu, Abang QQQ kuat semangatnya. Tinggi ilmu agamanya. Sehinggalah suatu malam, penulis terserempak Abang QQQ dengan seorang lelaki di Tasik Titiwangsa. Berpimpin mesra....



No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails