Wednesday, July 15, 2009

Kata saya


Penulis bukanlah seorang yang suka berkira. Penulis juga bukan mata duitan mahupun materialistik. Cuba tanya orang-orang yang kenal rapat dengan penulis, mereka pasti akan kata penulis seorang yang pemurah, baik hati, ikhlas, ceria dan yang penting, comel (kann?).

Penulis ibaratkan diri penulis sebagai individu yang suka melihat orang lain senang hati dengan apa yang penulis lakukan. Rasa bahagia sangat melihat senyuman dilempar kepada penulis. Dan tidak pernah penulis mengharapkan jasa penulis dibalas . Untuk meminta-minta? Jauh sekali. Tetapi kadang kala, penulis sebagai manusia biasa tetap terasa ingin diberi penghargaan. Setidak-tidaknya, disebut orang tanda kerja-kerja penulis dipandang.

Wah, intro entry kali ini ibarat luahan perasaan!

Memang pun! Memang penulis ingin meluahkan apa yang terpendam. Tak boleh tidak, tak boleh tak nak, penulis kena juga berkongsi perasaan. Kalau tak, terasa diri ini terbeban pula dengan segala macam tekanan. Meh sini penulis nak bercerita..

Ceritanya begini. Sejak 2-3 minggu yang lalu, seorang teman, penulis namakan sebagai Mr DD meminta penulis menulis perihal program realiti TV. Asalnya penulis tidak ambil peduli. Lagipun untuk menulis perkara-perkara serius, penulis memang tidak reti. Katanya Mr DD, tulisan penulis bagus. Ada potensi. Ringkas tapi berisi. Pujuknya lagi - kau tulis dulu. Nanti aku edit dan tambah mana yang perlu. Kemudian aku akan usahakan agar tulisan kau itu tersiar di mana-mana media. Hm,.. menarik kan tawaran itu?

Termenung panjang penulis. Bagus juga kalau tulisan penulis tersiar di media arus perdana. Di Pena Penis, pembaca setia penulis berapa kerat sahaja (terima kasih kepada 32 orang followers). Kalau tersiar di majalah ataupun akhbar, mahunya beribu, malah tidak mustahil berjuta yang membaca. Nanti bolehlah penulis mendabik dada (wah, riaknya..).

Lantas penulis dengan bersemangatnya mulalah menjalankan tugas. Terkial-kial membuat rujukan. Dari website ke website. Dari blog ke blog.Kemudian duduk melangut pula di depan TV. Tak cukup menonton TV, penulis tergedik-gedik menyibuk pula di lokasi. Memerhati, mengumpul fakta, menganalisa dan membuat kesimpulan.

Cukup semua bahan-bahan, penulis mulalah membancuh, mengadun dan mengarang jambangan kata.. jap jap. Alahai.. Bahasa.. Lemah jantung penulis. Okay, penulis pun mulalah bersengkang mata sehingga lewat pagi mengarang cerita. Tak cukup sehari. Dua hari. 3 hari. Hari keempat barulah siap sepenuhnya. Tapi itu bukan bermakna penulis lembab okay!! Untuk makluman semua, penulis bukanlah pengarang sepenuh masa, sebaliknya hanya curi-curi mengarang sambil bekerja, jadi banyak sangat halangan dan dugaan).

Alamak! Bos datang!!---------------------------------------------------------------------

Okay, sambung balik..(Poyo je kan? Penulis sengaja nak tunjuk realiti yag berlaku di tempat kerja setiap kali nampak kelibat bos. ~ Sukarnya menulis di tempat kerja)

Hasil tulisan tersebut cepat2 penulis emailkan kepada Mr DD..

Hari yang sama, di tengah malam, Mr DD menghantar SMS kepada penulis. Ringkas sahaja SMSnya. Menurutnya, nama penulis tak dapat disiarkan kerana penulis bukan penulis atau wartawan di situ. Even nama samaran juga tidak diterima. Okay. Penulis terima.

"Jadi siarkan tanpa nama. Jika tidak, jangan siarkan langsung!" Putus penulis, muktamad.

"Tak boleh.. Aku dah submit. Besok pagi akan disiarkan."

"So pakai nama siapa?"

"Nama aku" Yakin sungguh Mr DD menjawab. Umpama tulisan tersebut dia terjumpa dan terpijak di tepi jalan atau di dalam longkang.

Bagaimana pula dengan masa penulis yang terbuang? Perahan idea penulis? Otak ini dah separuh biol mencari ilham. Siang dan malam penulis duduk mengetuk keyboard menyusun ayat. Semudah itukah penyelesaiannya? Mr DD membisu, hilang bersama persoalan itu. Tiada jawapan dan tiada penyelesaian. Malam itu penulis tidur dengan hati yang gundah gulana. Sayu memikirkan, karya nukilan bakal menjadi milik orang.

Mimpi buruk penulis akhirnya menjadi kenyataan. Hari esoknya, tulisan penulis tersiar juga di akhbar tempat Mr DD bekerja dengan namanya sebagai pengarang. Ala, satu halaman sahaja. Ya, cuma satu halaman, dan PENUH. Satu halaman yang penulis rasakan bagai ditulis dengan tulang empat kerat penulis. Dan halaman tersebut ibarat dicetak pula dengan keringat penulis. Menitis air mata, sebak pula rasanya di dada. Lagipun, penulis tidak mendapat apa-apa.

Sekali lagi penulis tegaskan, penulis bukan jenis yang berkira. Untuk meminta-minta? Jauh sekali. Walaupun penulis orang yang tak ternama, tetapi kadang kala, jauh di sudut hati, penulis sebagai manusia tetap terasa ingin diberi penghargaan. Setidak-tidaknya, disebut orang tanda kerja-kerja penulis dipandang.. (copy balik ayat di atas, boleh tak? Hehehe..).

7 comments:

tidak dikehendaki said...

oouuh.. poor you.. *tepuk2 anje blakng*

Lasykar Langit dan Bumi said...

That is so rude of Mr DD... mempergunakan klebihan org lain... there shud be 'no' for the next time.... he got no right to treat u like that... arap penulis sabar... i know u r cpable in what u do.... u can go far better than this... Mr DD will try to persuade u to help him again... that time, jual mahal tahap dewa ngn dia, he dun deserve any of ur help anymore... (tapi klu penulis ni pemaaf boley kut hehee)

Joey said...

ermmm... aren't you two best friends kan?

Well..i'm not judging anyone...I think I know who mr DD are...

Yes..that was your effort, but maybe luck is not on your side :)

P/s - Write something and submit it to Majalah EH! (Ruangan Kata Lelaki ..perhaps)..just bagi cadangan..

faizjb said...

kanz, mcm plagiat pun ada,
menguna hasil kerja org lain,
u patut buat contract kerja,
sbb itukan hasil pemikiran u,
wah, serius...

Unknown said...

sian nyerrr

avegalion said...

teruknye MrDD tuu...!!
motif sgt kata tak leh letak nama u... padahal dia nak letak nama dia sendiri... choi sgt org camnie..!

takper la, belajar darik kesilapan...

DarcyDiaries said...

Hi Pena,

Well...some people just want to take advantage on someone else (lebih2 lagi on someone "comel" like u).

What I can say is that...be patient.(nasihatkan diri sendiri gak..hehe)

take care

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails