Monday, July 20, 2009

Kamera

Sesekali singgah melepak di blog rakan2, terhibur pula hati membaca celoteh anda semua. Paling penulis suka, melihat gambar2 yang di upload. Gigih betul anda mengupdate blog ya.. Penulis juga suka bergambar, suka mengambil gambar dan suka mengupload gambar. Cuma penulis tak punya kamera secanggih anda. Most of the photo taken by me, kualitinya tidak bagus. Well, they just being captured by sony ericsson K660i, yang resolusinya cuma 2 megapixel..

Kadang2 penulis teringin untuk mempunyai satu blog yang lebih kepada daily journal.. Boleh penulis muatkan pelbagai gambar dan bercerita apa yang berlaku setiap hari..

"Pena Penis pun update seminggu sekali. Ada hati nak set up another blog"

Klepek! Statement sentap seorang teman baik rasanya kena tepat ke muka penulis.

Okay. Penulis terpaksa lupakan niat untuk set up satu personal blog tu. Kalau buat pun, penulis rasa bersawanglah blog tu nanti tidak terurus.

"Lagipun setakat pakai kamera handphone, baik tak payah upload picture. Better ko kumpul duit beli kamera yang selalu digunapakai jurugambar profesional seperti Nikon D3x ke, D5000 ke.."

Kan.. I need a camera. Camera.. Camera... Next target, Camera! Dan hari ini, penulis tekun mencari dan membuat survey kamera yang terkini di pasaran..

Di bawah ni ialah Nikon D3X yang disebut-sebut teman penulis tu..



Up to 25 mp...
Details yang lain, penulis tak berapa nak faham..
Harga? USD7K plus plus..

Gulp...

Takpelah.. Penulis setia sajalah dengan K660i penulis yang nan satu ni dulu..

3 comments:

tidak dikehendaki said...

i pun phone cam 2 megapixel je pun. tp lek je taruk kt blog. ;)

Lasykar Langit dan Bumi said...

sama r... nk beli gak canon tu... boley amik gbr byk2, ner tau boley jd fotografer berjaya.... tp kena kumpul duit lah dulu... hehehe

Anonymous said...

memang betul kamera yg bagus dapat membantu menghidupkan jalan cerita tetapi bagi saya gambar yang diambil mempunyai maksud dan seni yg mendalam adalah lebih bagus walaupun memgunakan kamera yg rendah kualitunya..

hanya pendpat...

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails