Tuesday, December 29, 2009

Rabak 1

Cadar dan tilamnya mula basah dengan peluh sendiri. Badannya pula terasa melekit di sana-sini. Biliknya yang beruap hangat mengundang resah dan gelisah. Terus saja Pena terjaga dan membuka mata, sebelum memejamnya semula. Biliknya terang benderang. Terlalu terang sehingga matanya silau. Gara-gara cahaya matahari yang masuk ke bilik melalui tingkap yang terbuka, menampar tepat ke mukanya.

"Ala! Dah tengah hari ke? Panasnya!" keluh Pena.

Lemah dan malas, dia bangkit, mendekati tingkap, menarik langsir dan memetik suis kipas, sebelum kembali mendarat di atas katil. Sambil-sambil berbaring, dia merenung kipas siling yang berada tepat di atas kepalanya. Kipas usang itu berpusing laju. Sangat laju sehingga bahang hangat matahari sedikit demi sedikit beredar pergi dihalau angin kencang yang garang. Pena tersenyum nyaman. Tidak sampai lima minit, matanya mulai layu. Memberat. Dan tertutup rapat. Dia kembali terlelap.

Pintu bilik terbuka tiba-tiba. Satu jasad menerpa dengan wajah ceria di sebalik daun pintu.

"Along! Bangun!!! Jom sarapp.." ayat tersebut terencat.

Dangg!! Pintu dihempas, tertutup kembali. Bergegar dinding rumah kayu peninggalan arwah Haji Hassan.

Pena terjaga. Ibarat direnjat elektrik, dia menepis tangan yang sedang memeluk dirinya dan bangkit serta merta. Dia betul-betul terperanjat. Pada masa itu juga, dia terdengar keriuk-keriuk lantai papan diikuti bunyi tapak kaki seseorang menuruni tangga kayu yang usang, memakai selipar dan berjalan pergi entah ke mana.

"Bunyi apa tu baby?" suara serak, bernada manja menyapa corong telinga Pena.

Dia menoleh spontan. Matanya yang sedikit sepet bertukar bulat terbeliak.

Remy, rakan karib yang juga rakan serumahnya di Kuala Lumpur sedang enak berbaring di sebelah. Pena terbeliak bukan kerana terkejut melihat wajah Remy yang kusut masai. Bukan juga kerana badan Remy yang kelihatan lebam-lebam. Tetapi kerana tergamam melihat Remy bertelanjang tanpa seurat benang. Dengan asetnya yang masih tegak tercancang.

Pena tunduk, memandang diri sendiri. Dia mula sedar dan perasan. Seperti Remy, dia juga bertelanjang.

‘Damn! Damn!!’

"Remy! Bangun cepat! Pakai baju! Kita ada masalah besar!!"

Pena tergesa-gesa menyarung seluar pendeknya dan bergegas ke dapur.

Petikan dari cerpen penulis Rabak.

13 comments:

Sofi Zainuddin said...

PP: nape suke sangat menyeksa jiwa dan raga sofi ni? publish la penuh2 huhuhuhu plsssssss

Anonymous said...

ish
tak aci betol
yg 1st belum habis dah ada yg kedua lak
tapi best!

zulharisyam said...

ermmm...saya dah lama mengikuti blog pena..kali ni best arr entry ni..tetiba stin..sambung lagi ya..tak sabar ni

Penapenis said...

hehehehehe ^_^.. PP memang suke wat orang saspen.. (sambil melompat dari satu pokok ke satu pokok**feeling jakesully dalam avatar)

Anonymous said...

waaaa nak nangess...bile ler agaknye dpt bace full kan? huhuhu...

Anonymous said...

waaaa nak nangess...bile ler agaknye dpt bace full kan? huhuhu...

Anonymous said...

waaaa nak nangess...bile ler agaknye dpt bace full kan? huhuhu...

effa said...

great! PP is back. tapi saspen lah.

amalina zamani said...

ape nie???citer x abis...so gelak separuh jer.....sape yg bkk pintu tu???

Indra said...

hayooo... kantoi... hahaha...
tapi best tdo bugel sambil peluk2... romantik.. hikhikhik =P

PP, bila nak relase full version of diz stori?

DarcyDiaries said...

hi PP...
yes finally! Hey buddy, bila nak ambik ur stuff ni?

P/S; Give me one copy ya?

:N:A:Z:R:U:L:aziz: said...

ble nak abizkn cita nie??
dh lama tunggu nie..

Penapenis said...

ding ding ding...

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails