Tuesday, February 24, 2009

The Day The Gay Man Stood Still


Penulis hari ni tersentap sedikit. Tersentap akibat seorang sahabat tak dikenali menelefon. Dan bertanya soalan sentap yang menyentap perasaan yang memang dah tersentap akibat sentapan penyentap yang giat sentap menyentap antara satu sama lain ni.. Sahabat tak bernama ini bertanya, "Frankly speaking, honestly man to man yer, ko ni Gay ke?" Penulis dengar soalan, spontan tergelak mengekek ngekek (takdelah lawak sangat, cuma mengaplikasi taktik ringkas dalam berkomunikasi untuk ambil kesempatan supaya otak sempat berfikir mencari jawapan)..

"Perlu ke aku jawab. Ko sape?" Jawab penulis, sopan (la sangat..)

Kenapa mamat ni tanya soalan macam ni?

Alkisahnya bermula..

In fact, penulis memang straight (acting je la.. ). Kelurusan penulis, kesegak-tampanan dan ke macho an penulis sememangnya memukau baik kaum Adam mahupun Hawa. Nak2 pula penulis bijak berkata-kata. Ayat mengayat ni macam kuak kupu2 je bagi penulis.. Macam tendangan sudut je.. Atau macam smash bulu tangkis je (Motif sebenar nak bagitau penulis hebat bersukan juga).

Penulis berkenalan dengan Chantek (bukan nama sebenar) sejak 5 bulan yang lalu. Bekerja di bawah satu bumbung, tapi jarang bersua dek kerana berbeza department. Macam mana boleh ter berkenalan? Atas urusan rasmi. Dua hari kemudian, Chantek menelefon penulis, asking me to go out for a quick break and lunch dengan dia. Wah, kakak straight zaman sekarang kan? Tak sempat nak tunggu pihak lelaki (dan sampai sekarang penulis masih tertanya2 siapakah si mangkuk yang bagi nombor telefon penulis kat minah psiko ni).

Hubungan kami mula berkembang. Dari formal kepada social. Dari cakap-cakap kepada sahabat .Dari sahabat menjadi rapat. Tak taulah macam mana, our dry friendship suddenly popped up and started turning into platonic relationship. Sejujurnya I did enjoy my time dengan Chantek. She was hillarious (sebab she laughs like an old donkey!). She was a good listener. Some more, dia memang lawa. Dan pandai melawa (dah la lawa, pandai melawa, ditambah pula dengan personality dia yang ala-ala badut innocent yang lawak!Ha... inilah kategori wanita yang penulis suka!).

Sebulan. Dua bulan. Tiga bulan berlalu..

"Siapa Chantek?" Penulis yang tengah syok layan Hindustan terkebil2 seketika. Tiba2 soalan tu keluar dari mulut Embi (Embi? Dia tu laki gua ler, sila rujuk post pertama) pada satu malam ni.

"One of my collegue. Ala, Encuk kan dah kenalkan korang masa party hari tu. Kenapa B?" Jawab penulis penuh confident dan kembali menghayati bait-bait lagu yang dimimingkan oleh Amitabh Bachan. Sesekali mulut berkumat kamit (he he, terhafal lirik pulak).

And that was considered as starting point before we had a big argument on that night. Rupa-rupanya Embi cemburu. Selama ini, penulis berbaik-baik dengan Chantek, Embi memerhati dalam diam. Penulis akui, sometimes kalau bergayut dengan Chantek, berjam2 pun takpe. Belum kira SMS. Berpuluh2. Nak masuk toilet pun kadang2 kitorang wish each other. Dah biasa bersayang2.. Rindu dendam semua tu. Alah, kawan2.. Lagipun Chantek perempuan. Penulis pun perempuan (Hak hak hak). Embi dulu pun pernah kata tak kisah kalau penulis rapat dengan perempuan.

"Saya tak nak awak jumpa perempuan sial tu lagi!!" Kembang kempis hidung Embi menahan amarah. Sebenarnya dia dah baca sms2 yang Chantek hantar pada penulis. Penuh dengan ayat cinta ala2 lembu nak mengawan katanya. Katanya lagi, si Chantek tu dah tergila2 kan penulis. Penulis yang buta hati. Buta perasaan (yelah, gua kan gay, mana ada masa nak feeling2 kat perempuan). Embi sempat sound penulis supaya berhenti berpura2. Jangan mainkan hati orang. Dan minta penulis terus terang pada Chantek yang penulis ni gay. Aiyo!! That was fucking ridiculous man!!

Penulis berdilema.. Seminggu dua jugaklah. Difikir2 balik, direnung2 sejenak, penulis akui, penulis rasa sayang yang semacam pada Chantek. Ada satu peristiwa yang penulis tak boleh lupa. Penulis pernah lapkan peluh di wajah Chantek masa dia baru lepas main futsal (Ish, terbalik sangat). Masa tu mata kami bertentang, penulis rasa lain macam. Si Badut ni pulak (merujuk pada Chantek) tersenyum lawa, tersipu2 ala2 Tyra Banks sambil kawan2 dia bersorak. Hish, meremang bulu roma. Penulis tak nak jadi straight. Mintak jauh!

Penulis fikir masak2. Penulis mengaku, penulis sayang Chantek. Penulis tak nak lukakan hati dia. Lambat laun, our platonic love ni akan bergegar juga. Lebih2 kalau Chantek tau penulis ni gay. Mesti patah hati dia. Lagipun, penulis memang full time lover dengan Embi. Memang tak boleh nak menduakannya. Penulis kencing dia (cakap kerja, padahal tengok wayang ngan kawan2) pun dia boleh trace. Inikan pula nak bercinta dengan straight woman di belakang dia.

Penulis decide nak ambil langkah berterus terang. SMS je - SAYA GAY- Nak cakap depan2 tak berani. Malangnya, sms tu penulis tak hantar. Penulis simpan kat draft je.. Hak hak hak..

Apa yang penulis buat ialah penulis mula menjauhkan diri dari Chantek. Dia sms penulis tak balas. Dia call tak berjawab. Dia datang office ajak lunch, penulis buat2 busy. Penulis betul2 gantung dia tak bertali. Sebenarnya penulis tak tahu nak buat apa. Serba salah sangat2. I do care about her. Cuma penulis tak sampai hati (or mungkin penulis tak berani hadapi realiti?). Bagi penulis, better if i step back before things getting worse. Before worse comes to worst. Before she falls deeply in love with me. Before penulis jadi straight (boleh ke?)..

Sekarang, dah 2 bulan penulis tak bertegur mesra dengan Chantek. Tak bersapa manja macam dulu2. Sampailah penulis received a call from this unknown man.

Mamat selenga ni semacam tak puas ati dengan jawapan penulis. Sebab penulis memang tak menjawab soalan pun.. Dia sempat berpesan "Ko ni macam lahanat la. Lain kali, jangan mainkan perasaan orang. Lagi satu, dia kata dia tetap tunggu ko sampai bila2" Tuuutttttttttt....Lor, dah letak. Tak sempat penulis tanya siapa 'dia'?)...

Tiba2 penulis rasa semacam.
Gulpp.. Penulis telan air liur..

Penulis terbayang wajah Chantek..'Dia' tu Chantek ke??

3 comments:

DarcyDiaries said...

very interesting story indeed. Very platonic. I guess u must be very happy with the boyfriend....but again, I guess..u r matured enough to make a decision ;-)

A well written thoughts indeed, love it!

Mohd Firdaus said...

salam
bro
ikut hati ko la mcm mane k!
tp bg aku kawan biarlah seribu berkasih biar satu...and ko decide la mane yg betol antr embi dan chantek
aku pilih chantek
coz itu lumarah manusia yg telah ditetapkan bro!
hope my fren ko tk kan menyesal di kemudian hari!

Penapenis said...

Darcy: I masih kanak2 riang ria Ribena, bro..
Mohd Firdaus: Damn! That was not fair bro... Penulis still young and and err still young to be tied up with this kinda normal relationship..I just not ready yet. I want something adventurous. Something unusual in my life. Not living in straight man's world. At this moment, penulis mahu enjoy having gay relationship...

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails