Sunday, February 15, 2009

Nafasku

Orangnya rendah, renek dan rendang, berkaki pendek. Wajahnya biasa-biasa sahaja. Berambut pendek, hitam lebat tanpa warna karat. Mempunyai sepasang mata yang sepet dengan alis mata yang hampir tiada. Tania (Bukan nama sebenar) sememangnya typical chinese girl yang boleh kita lihat di mana-mana. Di kalangan rakan sekerja, dia terkenal dengan jolokan "Betty Malaysia".

Tania has such a beautiful personality. Baik dan peramah. Empathy. Fragile and naive. Masalahnya, nobody dare to sit next to her. Nobody want to hang out with her. Everybody try his or her best to avoid the 'face to face conversation' with her. Kami taklah kejam. Kami hanya cuba menyelamatkan diri dari pengsan atau termuntah, atau hilang selera makan, atau mengalami mimpi ngeri 7 hari 7 malam. Semuanya gara-gara bau nafas..

Penulis terasa ingin menulis perkara ini apabila membaca satu thread di G4M. Ha ha ha. Lawak rasanya membaca pelbagai pengalaman individu yang berhadapan dengan masalah bau nafas. Masalah ini memang lazim. Sesiapa pun boleh mengalaminya. Persoalannya ialah, adakah kita sedar kita mempunyai masalah bau nafas atau tidak? Normally, bab-bab mengenal pasti jenis bau badan sendiri, kita memang gagal. Setengah-setengah orang langsung tak sedar dia bermasalah. Bila berborak, sangat confident menghamburkan kata-kata, siap air liur memercik-mercik mencemarkan alam sekitar. Sesetengah lagi terlalu concern dengan bau nafas sendiri. Sehingga hilang keyakinan diri sedangkan dia sebenarnya tidak bermasalah pun.

The best way to find out wether we have bad breath is to ask other person's opinion. Kalau tak tanya, jangan harap ada orang nak bagitahu. Issue ni nampak simple, tapi boleh makan dalam. Salah bagi statement, putus kawan. Salah cakap, boleh berperang. Dalam kes Tania, tiada siapa sanggup bersuara kerana as i mentioned, she is such a lovely girl (in personality lah). Tiada siapa sanggup lukakan hatinya. Sehinggalah penulis terpaksa ambil risiko beranikan diri memberitahunya (damn, it was tough, man!!).

Sebenarnya ada 1001 cara untuk kita inform seseorang yang dia mempunyai masalah nafas berbau (tanpa kena terajang). Antaranya pendekatan tersirat. Anda boleh mulakan dengan kerap memberi subjek chewing gum ataupun any other minty sweets. Lambat laun, dia akan terima mesej yang hendak anda sampaikan. Atau menggunapakai kaedah terus terang ala-ala innocent tanpa perlu kurang ajar. Contohnya seperti dialog di bawah,

"I risaulah nafas i ni. Pagi tadi anak buah i yang kecik sekali boleh sound i mulut i bau longkang. Terkejut dan tersentap jugak lah. Cuba you bau, busuk tak?" Serentak, nganga mulut luas-luas, tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Make sure anda halakan tepat ke muka subjek.

Untuk membuat mesej menjadi lebih terang lagi bersuluh, cuba dialog ni pulak;

"You punya nafas ok x? Apa kata you try pulak.." Dan bersedia menerima hembusan hanjj subjek. Er, nampaknya anda perlu melakukan sedikit pengorbanan demi memastikan mesej yang hendak disampaikan masuk ke otak subjek. Sesaat setelah subjek membuka mulut, secepat kilat anda mesti jatuh pengsan. Pastikan mulut berbuih2 dan mata terbeliak untuk menimbulkan sedikit mood ngeri. Insya Allah, melihat rakan dia hampir nazak, semestinya akan membuka minda subjek. Membuatkan dia berfikir dan bermuhasabah, mencari kekurangan diri.

Tahukah anda, adalah perlu untuk seseorang itu tahu dia bermasalah. Jika dibiarkan, masalah itu mungkin melarat dan menjadi lebih berat. Menurut pendapat pakar, bau nafas kadang kala adalah petanda awal kepada general health problem. So, we should't reluctant to tell people, terutamanya yang kita kasihi yang mereka mempunyai masalah bau nafas, yang BUSUKK.

Kepada yang bermasalah atau yang ada sahabat atau saudara yang bermasalah, di sini, penulis ingin share several do's and don'ts regarding the bad breath yang penulis ambil dari beberapa laman web.

Do's

1) Temui pakar gigi anda lebih kerap
2) Dapatkan perkhidmatan pakar untuk mencuci gigi secara berkala
3) Floss gigi anda (pilih floss yang unscented)
4) Berus gigi dan gusi anda properly
5) Bersihkan lidah anda dengan scrapper atau berus gigi setiap hari
6) Minum banyak air
7) Kunyah gula-gula getah terutama semasa mulut anda rasa kering
8) Bersihkan mulut dengan berkumur setiap kali makan ikan, daging atau any dairy product
8) Sebelum tidur, berkumur dengan cecair antiseptic
9) Ingatkan orang yang terdekat supaya tell you whenever you have bad breath
10) Amalkan mengambil makanan berserat/fibrous
11)Cari apa sahaja jalan untuk memastikan subjek tahu mereka bermasalah and make sure in a kind way!

Don'ts

1) Jangan minum banyak sangat coffee
2) Jangan lupa bersihkan bahagian belakang barisan gigi
3) Jangan berus lidah anda dengan ubat gigi biasa, gunakan pembersih mulut
4) Jangan hisap rokok.. Okay-okay! Penulis pun merokok. "Jangan" switch to Kurangkan merokok
5) Jangan biarkan mulut kering atau perut kosong. Puasa takpe. Bau mulut orang puasa memang busuk tapi di akhirat kelak, akan jadi sewangi kasturi.
6) Kepada yang bermasalah, jangan lupa gosok gigi setiap kali selepas makan
7) Jangan melenting bila ada spesies manusia sound anda betapa busuknya mulut atau nafas anda. Sebaliknya, take it positively and do something to deal with it.
8) Jangan guna ayat yang melampau untuk sound orang yang bermasalah atau kesan tapak kasut akan kelihatan di muka anda
9) Jangan jelous kat penulis sebab nafas penulis sentiasa harum segar mewangi.. hahaha

Dalam sesuatu perhubungan, terutamanya perhubungan intim laki bini macam penulis ni, adalah perlu untuk kita rasa selesa antara satu sama lain. Masalah nafas berbau mungkin boleh mengundang rasa tidak selesa. Natijahnya, rosaklah kemesraan. Jadi jujurlah kepada pasangan anda. Dan jangan silap memilih kata. Kepada Tania, sorry sis, I cuma nak buat contoh je... Akhir kata, selamat beramahh!!!

1 comment:

DarcyDiaries said...

Well written..
Honest..
Superb ;-)

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails