Tuesday, February 17, 2009

Gym


Suasana agak hingar bingar. Sepelusuk tempat bingit dengan muzik Britney Spears yang diputarkan oleh pihak management. Di tambah pula dengan bunyi-bunyian besi berlaga-laga. Bagai di medan perang. Di satu sudut, penulis nampak sekumpulan middle eastern sedang rancak berborak, instead of working out! Sesekali pecah deraian ketawa mereka. Gym hari ini penuh sesak. Semua peralatan sedang digunakan. Penulis jadi blur. Shit! Menyesal datang. Bad timing, i guess. Nak melepak pun susah as all sections are fully utilised. Penulis takdelah gian sangat nak ke gym. However, in order to get my dream muscular, lean body shape, penulis terpaksa gagahkan diri berkunjung ke sini. Plus, i've subscribed membership package and get myself tied with the contract for a year. Rugilah kalau bayar tapi x datang.

Mood nak bersenam sebenarnya dah hilang. Nak balik rasa rugi pulak . Dah datang jauh2. Dah la kat luar sana traffic tersumbat-sumbat dan tersekat-sekat. Okay. Macam ni. Cool.. Cool.. Just chill. And have fun watching and observing people. Write it down, upload then publish kat blog. Hm, idea yang baik. So sambil mencuci mata, untuk coverline, penulis pegang2 besi dan bersenam ala kadar (buat syarat je..).

Penulis bergerak ke cardio section. Semua machine berpenghuni. Nasib baiklah penulis ternampak satu tempat kosong untuk cycling. Di sebelah, seorang mamat kacak sibuk mengayuh. Berpeluh-peluh! Lencun satu badan. Bau peluh macam harram. Xpe, penulis suka.. Hiks! Bersinglet putih dan bertight pendek biru muda. Mata penulis semacam melekat kat 'pakej'nya yang lengkap. Masak ranum. Hehe. Bila dia mengayuh lebih laju, bonjolan turut bergerak lebih jelas. Kadang-kadang penulis respect kategori lelaki macam ni (and make me turn on as well). Dare to wear lycra short in public. The confident level is extremely high. They just don't bother if other people saw their bulging package. Or maybe diorang ni kategori suka show off.

Setengah jam berlalu. Penulis bergerak ke tingkat atas. Nun di free weight area, beberapa lelaki ganteng sedang gigih melakukan biceps curl. Tumpuan penulis lebih kepada satu mamat ni. Satu set brand Adidas. From head to toe.. Dasyat! Mamat jambu ini macam biasa penulis tengok.. Muka jambu, badan abang2. Age around 20-25. Rambut Mohican spiky. Typical gay hairstyle. Malay. Yang penting bersubang di kiri dan kanan telinga. Urf, horny tiba2 terasa (karena piercing adalah fetish penulis). Tengok weight yang dia angkat, 30 kilos/66lbs.. Hm not bad. Size biceps around 15"-16". Bagus2!! Kekalkan dan tambah lagi ye ukur lilit biceps tu...nanti abang bagi lolipop buat mamam.. He he he..Lama penulis di free weight area. Sampai mamat jambu tu perasan kut penulis tengah mencuci.. Cepat2 penulis beredar.

Penulis duduk berehat di satu corner (penatlah konon...). Tak sedar, diri diperhatikan. Penulis hanya sedar bila mat salleh ni berjalan melewati penulis sambil merenung. Motiff? Bruce Willis ni lagi.. Hai, dia ni hari2 ke pegi gym? Asal penulis datang, dia ada.. Asal dia ada, dia tenung penulis macam nak makan. Sebenarnya dah lama penulis perasan. Dia suka tenung penulis. Dari awal penulis menjadi ahli (dalam 4 bulan yang lalu), penulis dah terserempak dengan dia. Dia ni agak boleh tahan. Body lawa. Ala2 kereta kebal. Kulit pun lawa. Tanned and clean. Selalu pakai sexy. Sometimes, i notice he even dare to wear short short yang memang short. Short giler. Sampai kalau dia mengangkang, penulis boleh nampak jock strap line yang dia pakai. Masalah Bruce Willis ni (penulis panggil Bruce Willis sebab muka dia memang sejibik), dia tak berani nak approach penulis. Alahai Bruce, tegur ajelah. Penulis confirm layan punya. Nak tunggu penulis tegur? Penulis tak akan tegur. Tidak akan ok. Sebab frankly, i have no intention to gedik2 at all. Nak cari kawan pun malas. Inikan pula nak menggedik. Penulis biarkan Bruce Willis dengan jelingannya.. Lantaklah la ko. Tak luak pun penulis kena jeling.

Sedang enak berehat, penulis ternampak satu kelibat yang baru tiba. Kurus sahaja orangnya. Tetapi agak tinggi. Penulis rasa around 180cm. Chinese. Like any other chinese people, bermata kecil dan berkulit pucat. Agak muda. Yang menarik perhatian penulis adalah gayanya. Alalalahai kakak. He tried so hard to cover kelembutannya. Unfortunately, the feminin side still reflected through his face and body language. Even his voice sounded like kakaks. Hehehe.. Yang penting sambil work out, mata meliar mencuri pandang sekeliling. Penulis tergelak kecil melihat gelagatnya yang seems a bit lost and gelabah, especially when he saw hot hunks. Beberapa minit kemudian, gengnya pula tiba. Semuanya kakaks. 4 orang. Suasana yang dah sedia hingar bingar bertambah bingar. Mereka mula berchit-chat, mostly in Mandarin sambil tangan sibuk menunjuk2..Entah apa yang ditunjuk.

Sebenarnya terlalu banyak gelagat manusia yang penulis nampak. Ada yang malu-malu bermain dengan besi. Mahu, tapi malu. Mungkin orang baru. Tak confident. Some more, a lot of muscular men berlegar di sekitar. Jadi rasa rendah diri la kut. Ada yang berbadan sasa. Berketul-ketul sana-sini. Bila berjalan, hidung kembang kempis. Mendabik dada. Kononnya akulah yang paling berotot di sini. Dan penulis perhati golongan ini suka memandang sinis pada beginner atau skinny people. Ada yang tua terketar2. Tapi tetap tabah bersenam demi kesihatan diri. Usually golongan warga emas macam ni lebih suka mengutamakan cardiovascular. Ada yang gggggeeemookkk sangat. Golongan ini biasanya akan hire personal trainer in order to train them and help them to lost weight. Dan bermacam manusia lagilah! Tak tertulis di skrin ini (lagipun penulis takdelah rajin sangat nak gambarkan semua orang kat tempat tu).

Perempuan? Er, ada.. Tapi penulis tak perasan sangat diorang ni... Alah, biarlah diorang ngan hal diorang sendiri. Penulis malas nak ambil tahu. Maklumlah penulis ni bernafsu pada kaum sejenis, so, if Fasha Sandha bogel kat sebelah pun penulis tak pandang.. He he he.. Alamak, penulis lupa nak share tentang sauna dan locker room.. Kat sana lagi happening. Tapi bersambung ke bahagian dua lah. Sebab penulis dah tak kuasa menulis.. Lenguh otak (Otak pun boleh lenguh ke? Err..)..

5 comments:

DarcyDiaries said...

Hey there..

Honestly, well-written. You should write a book laa bro..

Thanks for all the beautiful comments in my blog.

Keep up the good writing, will always be the pengunjung tetap.

Anonymous said...

Hm.. next time better be careful kat gym.. ada mata2 yang memandang dan menilai rupanya...

Anonymous said...

best la penulisan abg zaineesqandar kita ni... mesti time UPSR dulu B. Melayu (penulisan) dapat A... hehehe... nice job my bro... -dikie-

Penapenis said...

haha, anak emas cikgu okay..

Harris Harley Harley said...

hahhaha.. u made my day lah hari ni...
apa yang penulis tulis tu sama ngan apa yang saya rasa bila kat gym.. hehehe..

teruskan menulis ya..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails