Setiap kali dia berdengkur, penulis terjaga. Penulis kira, dengkurnya punya kuasa untuk mengganggu lena. Dengkurnya tidaklah hebat. Tidak juga kuat (kentut penulis lagi gamat!). Tetapi dengkurnya sudah cukup untuk buat penulis rasa seperti sedang berada di kelab. Kerana dengkurnya punya melodi yang berbeza-beza. Kadangkala berirama dangdut. Kadangkala berirama jazz. Kadangkala rock kapak (Ikut mood kut). Itulah dengkur suami merangkap isteri penulis, Embi Anak Embak.
Jadi, entri kali ini tentang dengkur? Tidak. Er. Ya. Er. Entah!
Malam ini Embi berdengkur lagi. Penulis jadi sukar melelapkan mata. Jadi penulis segera kejutkan dia. Dia terjaga. Menggeliat. Mengubah posisi, dan kembali terlelap. Seminit. Dua. Dengkurnya berkumandang kembali.
Geram. Sakit jiwa. Sakit telinga.
Jadi penulis bangkit, didihkan air dan bancuh secawan nescafe. Kemudian penulis kembali ke bilik, duduk bersila di atas lantai sambil menghadap katil, betul-betul di depan Embi. Penulis tenung wajah Embi. Sambil menghirup nescafe, melodi dengkurnya penulis nikmati (kali ini irama pop yeh yeh! Layan je lah!).
Ketika itulah penulis tiba-tiba terkenang kisah lama. Teringat pada bekas kekasih. Mr E. Dia juga tidur berdengkur.
Cepat-cepat penulis
onkan komputer peribadi. Menulis entri ini.
Jadi, entri kali ini tentang Mr E? Oh, tidak.
"Tak payahlah
feeling lebih-lebih Pena. Ko dengan dia akan
end up macam ko dengan aku. Pasti tak lama. Paling-paling lama pun, 2 bulan"
Kata-kata Mr E berbekas di hati. Kuat melekat sampai teringat-ingat. Penulis tak salahkan Mr E. Dia ada fakta yang menyokong. Kerana dia tahu perangai penulis. Masak dengan sikap
playboy atau buaya penulis. Jadi penulis terima ramalan Mr E dengan senyuman. Penulis anggap kata-kata itu sebagai cabaran.
Penulis dan Embi..
Irama dengkur tiba-tiba berhenti. Penulis berhenti menaip.
"Cukk. Kenapa tak tidur lagi. Pagi esok kan kerja. Dah! Sambung besok pulak" tegur Embi. Dia sekali lagi menukar posisi. Dan kembali terlena.
Penulis kembali menaip.
Penulis dan Embi, kami mengambil masa hanya seminggu untuk mengisytihar rasa cinta dan bergelar kekasih. Ramai yang menganggap kami membuat keputusan yang tergesa-gesa. Mereka tidak yakin kami mampu bertahan lama.
Well, I guess, they were wrong.Penulis dan Embi masih bersama. Bulan ini, secara rasmi, percintaan kami melangkah masuk tahun yang keempat.
"Encuk!"
Penulis sekali lagi berhenti menaip. Menoleh sambil membebaskan aura membunuh. Grrr..
"Tido la...!!"
"Kejap lagi B. Dah nak abis dah"
Ulang tahun kali ini, kami hanya bercadang untuk meraikannya secara ringkas sahaja ~ keluar makan malam bersama di sebuah restoran makanan Cina, Ahad nanti.. Hadiah? Er, belum dibeli. Sejujurnya penulis agak pening memikirkan apakah yang patut penulis hadiahkan kepada Embi. Sebentuk cincin? Subang? Atau rantai? Atau jam tangan? Atau sepasang kasut Zara yang memang dah lama dia idam-idamkan (
pig skin lining la B, tak boleh! Harom!).
"Encuuukkkk!"
"Apa!!? Jangan kacau boleh tak? Jap lagi saya tidurlah! Huh!" Penulis mendengus kasar. Saat ini, ketika ini, penulis lebih rela melihat Embi berdengkur melagukan irama Hindustan dari terus menerus mengganggu penulis menulis.
"Cukkkk"
"Iya....B nak apa? B pernah tak bayangkan ibu jari kaki Cuk masuk dalam lubang hidung B. Mesti enak kan!!?"
"Nak pelokkk!!!"
Penulis terdiam. Seakan ada satu kuasa menutup mulut penulis. Kuasa yang menggetarkan perasaan penulis.
Penulis menoleh. Menatap seraut wajah yang cukup mendamaikan (tapi haokk sangat-sangat! Macam rumah tak siap!).
Penulis tersenyum geram (nafsu untuk berselingkuh tiba-tiba datang).
Penulis bangkit dari tempat duduk dan melompat ke atas katil.
Penulis peluk Embi dari belakang sambil tangan merayap nakal di sekitar perut dan xxxnya. Dia menggeliat geli.
Badan kami berdua kemudiannya bersatu membebaskan haba yang hangat. Penulis terasa nyaman. Rambut Embi (yang jarang) penulis belai dengan penuh kasih sayang. Seketika kemudian Embi berpusing menghadap penulis. Mata kami bertentang. Kami berkucupan. Dan akhirnya terlena sambil berdakapan.
~Bertemu insan gila dan kurang waras bernama Pena Anak Penis adalah antara perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup saya~
Embi Anak Embak, Graphic Designer, 34 tahun.
Notakakibercagu: Kerana masalah dalam kelambu yang tak selesai-selesai, seorang teman mengesyorkan kami berpisah. Berpisah? Penulis memang tak mampu. Bagaimanalah penulis hendak hidup tanpa Embi. Tanpa memeluk dia. Tanpa menggentel perutnya. Tanpa meramas telornya dan tanpa mendengar alunan lagu dengkurnya?