Thursday, January 21, 2010

Jangan!!

Memang Pena sudah bertekad. Dan tekadnya sudah bulat.

Dia berjanji untuk tidak mengulanginya. Biar apapun yang berlaku, dia akan tetap berpegang pada janji tersebut. Janji untuk,

Jangan!

Pena tahu, Hang Setan memang tidak akan berdiam diri. Hang Setan pasti mencari jalan untuk mengalahkan tentera jiwanya. Pena juga tahu, selain Hang Setan, Hang Nafsu juga musuh utamanya. Kalau tidak dikekang, lambat laun bala tenteranya itu bisa tunduk dengan godaan Hang Nafsu.

Ahh! Pena tak takut!

Baik Hang Setan, mahupun Hang Nafsu, dua-dua Pena tak gentar! Biarlah sedasyat manapun amukan mereka. Biarlah sehebat manapun hasutan mereka. Pena sudah bersedia.

Lagipun Pena anak Penis. Semua orang tahu, anak Penis memang punya semangat yang kuat. Anak Penis memang terkenal dengan sikap keras kepala. Badan anak Penis pula biasanya berotot sasa. Tegap berurat, kembang dan kekar. Musuh lihat pasti gentar.

Pantang anak Penis menyerah kalah! Dan yang penting,

Jangan!

*****

Tiga hari berlalu.

Dalam tiga hari itu, hampir setiap saat Pena diserang. Dia diasak bertalu-talu. Diserang dari segenap penjuru.

Namun, Pena tetap Pena. Dia tetap berdiri teguh. Keazamannya tetap utuh.

Lagipun, Pena kan anak Penis.

Pantang anak Penis berundur!

Kata keramat tetap dipegang,

Jangan!


*****

Hari keempat..

Mata Pena tercelik. Dia terjaga dari lelapnya. Sekilas, dia menjeling jam yang tergantung di dinding.

7:30 pagi.

Dan lima minit seterusnya berlalu sia-sia.

Pena masih terbaring lesu. Sesekali dia menggeliat. Menguap. Dan menggeliat semula.

Lima minit lagi turut berlalu sia-sia. Pena tetap terbaring lesu.

Seketika kemudian, dia mengubah posisi. Dari menelentang, dia mengiring. Dari mengiring, dia menonggeng. Dari menonggeng, dia meniarap. Dan akhirnya kembali menelentang.

Pena tersenyum sambil fikirannya terbang. Berfantasikan yang indah-indah. Yang sedap-sedap.

Bila sudah sedap, mulalah Pena terasa sangap.

Oh tidak!

Pena tarik nafas dalam-dalam. Matanya ditutup rapat-rapat. Dia cuba bayangkan yang yang buruk-buruk. Malangnya, makin buruk yang terbayang, makin hatinya tak tenang. Degup jantungnya jadi kencang.

Pena mendesah. Sesekali mengeluh. Dia tahu, si jahanam berdua sudah kembali! Baik Hang Setan, mahupun Hang Nafsu, kedua-duanya muncul silih berganti. Membedil markas Pena bertubi-tubi.

Sesaat..

10 saat..

Seminit..

Nampak gaya, benteng imannya mulai runtuh.

Perlahan-lahan tangan kirinya diseluk masuk ke dalam boxer spongebob kuning. Menggagau aset tunggal nan sebatang milik diri sendiri.

Dan seketika kemudian, badannya mula tersentak-sentak. Pena mengerang enak.

Notakakibercagu: Pena akur dengan tabii insaniahnya, sekali lagi.

2 comments:

Anonymous said...

wat menda tu mmg sedap bro, mana leh tahan lbh lagik mlm jumaat ni... sok mandi wajib je lah huhuhu

Lasykar Langit dan Bumi said...

hahaha dtas all i could say (type sebetulnya)

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails