Sunday, January 17, 2010

Dengkuran Asmara


Setiap kali dia berdengkur, penulis terjaga. Penulis kira, dengkurnya punya kuasa untuk mengganggu lena. Dengkurnya tidaklah hebat. Tidak juga kuat (kentut penulis lagi gamat!). Tetapi dengkurnya sudah cukup untuk buat penulis rasa seperti sedang berada di kelab. Kerana dengkurnya punya melodi yang berbeza-beza. Kadangkala berirama dangdut. Kadangkala berirama jazz. Kadangkala rock kapak (Ikut mood kut). Itulah dengkur suami merangkap isteri penulis, Embi Anak Embak.

Jadi, entri kali ini tentang dengkur? Tidak. Er. Ya. Er. Entah!

Malam ini Embi berdengkur lagi. Penulis jadi sukar melelapkan mata. Jadi penulis segera kejutkan dia. Dia terjaga. Menggeliat. Mengubah posisi, dan kembali terlelap. Seminit. Dua. Dengkurnya berkumandang kembali.

Geram. Sakit jiwa. Sakit telinga.

Jadi penulis bangkit, didihkan air dan bancuh secawan nescafe. Kemudian penulis kembali ke bilik, duduk bersila di atas lantai sambil menghadap katil, betul-betul di depan Embi. Penulis tenung wajah Embi. Sambil menghirup nescafe, melodi dengkurnya penulis nikmati (kali ini irama pop yeh yeh! Layan je lah!).

Ketika itulah penulis tiba-tiba terkenang kisah lama. Teringat pada bekas kekasih. Mr E. Dia juga tidur berdengkur.

Cepat-cepat penulis onkan komputer peribadi. Menulis entri ini.

Jadi, entri kali ini tentang Mr E? Oh, tidak.

"Tak payahlah feeling lebih-lebih Pena. Ko dengan dia akan end up macam ko dengan aku. Pasti tak lama. Paling-paling lama pun, 2 bulan"

Kata-kata Mr E berbekas di hati. Kuat melekat sampai teringat-ingat. Penulis tak salahkan Mr E. Dia ada fakta yang menyokong. Kerana dia tahu perangai penulis. Masak dengan sikap playboy atau buaya penulis. Jadi penulis terima ramalan Mr E dengan senyuman. Penulis anggap kata-kata itu sebagai cabaran.

Penulis dan Embi..

Irama dengkur tiba-tiba berhenti. Penulis berhenti menaip.

"Cukk. Kenapa tak tidur lagi. Pagi esok kan kerja. Dah! Sambung besok pulak" tegur Embi. Dia sekali lagi menukar posisi. Dan kembali terlena.

Penulis kembali menaip.

Penulis dan Embi, kami mengambil masa hanya seminggu untuk mengisytihar rasa cinta dan bergelar kekasih. Ramai yang menganggap kami membuat keputusan yang tergesa-gesa. Mereka tidak yakin kami mampu bertahan lama. Well, I guess, they were wrong.

Penulis dan Embi masih bersama. Bulan ini, secara rasmi, percintaan kami melangkah masuk tahun yang keempat.

"Encuk!"

Penulis sekali lagi berhenti menaip. Menoleh sambil membebaskan aura membunuh. Grrr..

"Tido la...!!"

"Kejap lagi B. Dah nak abis dah"

Ulang tahun kali ini, kami hanya bercadang untuk meraikannya secara ringkas sahaja ~ keluar makan malam bersama di sebuah restoran makanan Cina, Ahad nanti.. Hadiah? Er, belum dibeli. Sejujurnya penulis agak pening memikirkan apakah yang patut penulis hadiahkan kepada Embi. Sebentuk cincin? Subang? Atau rantai? Atau jam tangan? Atau sepasang kasut Zara yang memang dah lama dia idam-idamkan (pig skin lining la B, tak boleh! Harom!).

"Encuuukkkk!"

"Apa!!? Jangan kacau boleh tak? Jap lagi saya tidurlah! Huh!" Penulis mendengus kasar. Saat ini, ketika ini, penulis lebih rela melihat Embi berdengkur melagukan irama Hindustan dari terus menerus mengganggu penulis menulis.

"Cukkkk"

"Iya....B nak apa? B pernah tak bayangkan ibu jari kaki Cuk masuk dalam lubang hidung B. Mesti enak kan!!?"

"Nak pelokkk!!!"

Penulis terdiam. Seakan ada satu kuasa menutup mulut penulis. Kuasa yang menggetarkan perasaan penulis.

Penulis menoleh. Menatap seraut wajah yang cukup mendamaikan (tapi haokk sangat-sangat! Macam rumah tak siap!).

Penulis tersenyum geram (nafsu untuk berselingkuh tiba-tiba datang).

Penulis bangkit dari tempat duduk dan melompat ke atas katil.

Penulis peluk Embi dari belakang sambil tangan merayap nakal di sekitar perut dan xxxnya. Dia menggeliat geli.

Badan kami berdua kemudiannya bersatu membebaskan haba yang hangat. Penulis terasa nyaman. Rambut Embi (yang jarang) penulis belai dengan penuh kasih sayang. Seketika kemudian Embi berpusing menghadap penulis. Mata kami bertentang. Kami berkucupan. Dan akhirnya terlena sambil berdakapan.


~Bertemu insan gila dan kurang waras bernama Pena Anak Penis adalah antara perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup saya~
Embi Anak Embak, Graphic Designer, 34 tahun.


Notakakibercagu: Kerana masalah dalam kelambu yang tak selesai-selesai, seorang teman mengesyorkan kami berpisah. Berpisah? Penulis memang tak mampu. Bagaimanalah penulis hendak hidup tanpa Embi. Tanpa memeluk dia. Tanpa menggentel perutnya. Tanpa meramas telornya dan tanpa mendengar alunan lagu dengkurnya?

12 comments:

AzAz said...

bila hati telah bersatu dan berakar umbi, mmg ssh nak berpisah... Jadi selagi pena rasa boleh bertahan, tunggulah dia... walaupun dia x bley nak perform atas katil (entah kenapa) tapi dia dia ttp bole perform sgb suami merangka isteri kan?

setegah org beranggapan seks tu nombor 3 atau 4, ada lagi yg lbh penting dari itu... tepuk dada tanya selera...

PS: bkn smua org kt dunia ni merasa apa itu chinta... pena sepatutnya rasa bersyukur occay!

Fauzzan Helmy Anuar said...

Hai...
So seewt...
=)
Mie harap, 4 tahun dah cukup untuk kalian mengenali satu sama lain
X gadoh2 ok
NOT ANYMORE!!!

effa said...

nice entry:)

sYukCurZ said...

PP! i need ur consultation...

Penapenis said...

Yup. I shud be grateful. thanks guys. Syuk, what is it?

joey said...

hai mr pp..

i think you having the time of your life

It feels good to know something that last as long as you have

p/s please teach me how to be faithful and not to think much about sex :)..haha

Sofi said...

PP: heppi aniversary dear! so sweet!

wakcantuk said...

tahniah kerana mampu bertahan selama 4 thn , muga hubungan kamu berterusan, membaca coretan kamu membuatkan wak rasa sayu, teringat kisah sendiri, sidia melangkah pergi setelah 5 thn bersama.....

sYukCurZ said...

its ok PP.. everythng is end already...

Lasykar Langit dan Bumi said...

best nyer baca entry... terbuai pulak rasa hati ni hehe
Lasykar tumpang gembira....
Hepi aniveseri...

Penapenis said...

Hai indahnya dunia ini PP rasa punya kawan2 sperti anda semua...

nazzman ibrahim said...

wahhh pp seronok nazz baca kali ni...so romantik sekali hehehe

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails