Tuesday, January 19, 2010

Kerja


"Kamu bila nak cari kerja tetap?"

Suara Pak Su yang bertandang ke rumah semasa Raya Haji dulu terngiang-ngiang. Suaranya seperti berpenyengat. Bisanya menjalar dengan cepat. Pedihnya tak hengatt! Adush!

Tak cukup tetapkah kerja aku? Setahu penulis, ini kerja pertama penulis sejak penulis bergraduat. Dan penulis setia dengan kerja ini. Tidak pernah melompat-lompat. Penulis juga berstatus permanent staff.

Atau, mungkin maksud lelaki separuh abad itu ialah penulis patut cari kerja yang lebih menjamin masa depan?

Penulis tahu kerja penulis dipandang rendah. Pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi. Hurm. Apalah sangat. Budak-budak lepasan SPM punya kerja. Gajinya pun tidak seberapa. Mujurlah penulis punya degree. Jadi gaji penulis lebih tinggi dari mereka yang tidak punya degree. Apa-apa pun masih, orang pandang sebelah mata. Termasuk keluarga.

"Such a waste. 4 tahun belajar. Tak silap aku, result kau bagus jugak kan?" Sambungnya lagi, menyengat hati.

"Erkk.."

Orang tua ni memang melampau. Dish! Dish!

Direnung-renung, ada benarnya kata warga emas bermulut 'lahar' tersebut. Sampai bila penulis hendak setia dengan company ini? Career development penulis terencat selagi bersama dengan company ini. Company yang didominasi golongan tong tong chang!! Mereka sedikit perkauman. Anak Melayu tetap dipandang sebelah mata walau sebagus manapun mereka (termasuk penulis yang begitu bagus dan komited bekerja, ahakss).

Penulis bukanlah tidak berusaha mencari kerja baru. Selalulah juga penulis jenguk-jenguk dari website ke website. Selak-selak dalam majalah dan suratkhabar. Bisik-bisik mencari peluang di kalangan rakan taulan. Manalah tahu kalau-kalau ada kerja yang sesuai.

Malangnya, segigihmanapun masih, penulis tidak berjaya mendapat kerja baru.

Dan mulalah penulis rasa kecewa.

Otak penulis rasa beku. Minda penulis serba tepu. Fikiran penulis mula bercelaru. Bercapah-capah. Bercabang-cabang. Meranting dan tiada hala tuju. Penulis jadi serba-serbi keliru.

Penulis buntu memikirkan nasib diri. Masa terus berlari. Larinya tidaklah pantas. Tapi ia tidak pernah berhenti. Dan sedar tak sedar, dalam beberapa hari, usia penulis bakal memanjat satu anak tangga lagi.

Dan penulis masih tersekat di takuk yang lama. Mensia-siakan bakat yang ada. Mensia-siakan otak yang serba geliga..

Notakakibercagu: Penulis akan terus mencuba. Dan mencuba sampai berjaya. YOU ALL, TEMPAT YOU ALL ADE NAK PAKAI ORANG TAK?? Hee ^_^

6 comments:

payedd said...

penulis patut jadi penulis yg btol neh..
try la mintak wartawan
hahaha

suka2

ixoralina_am said...

hai PP...

mmg la skarang nie ssh tol cari keje yg sesuai dgn apa yg kita ada..sama lah cam kita..berusaha mencari kerja yg lebih baik..huhuhu...tp PP jgn putus asa...selagi kita berusaha pasti kita akan dapat....lambat atau cepat jer..jgn cepat mengalah erk....

chaiyok!!!!!!!

joey said...

Erm... itulah

I pun wonder kan napa PP kerja kat situ...Bukan nak merendahkan ker apa..tapi I rasa you deserve more than what you doing right now (I think you have good grades compare to me)

Anyway, orang tua memang. Selagi kita tak dapat kerja yang ikut time office, dia asiklah membebel.Hahahaha...same like me, tapi luckily I get quite a comfy Job :)

p/s Semoga berjaya carik kerja baru....:)

Anonymous said...

teruskan mencuba, banyakkan berdoa. insyaAllah adalah rezeki tu :)

Lasykar Langit dan Bumi said...

semoga dapat kerja yang Penulis mahukan... sama2 kita cuba cari k... me too, masih mencari....

Penapenis said...

thank you.. i wont give up easily..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails