Wednesday, November 18, 2009

Honey-moan


"So malam pertama dah berapa round? Ni mesti segenap tempat dah cuba ni. Dapur, toilet, katil. Kalau kau nak tahu, Zee ni rakus tau Pena!!" Riz memerli, sambil menyedut minumannya.

Penulis tersengih (baca: Oh, okay! Moteepp??)

"Of course! Semua ruang kami dah teroka. Ala Riz, kau kan dah rasa dulu. Bagilah aku rasa pulak!" Balas penulis. Penulis sempat menjeling tajam Embi. Dia buat-buat blur.

Balik ke motel, muka penulis masam mencuka. Kata-kata si Riz terngiang-ngiang di telinga.

"Kenapa ni? U look unhappy. Macam lembu mati bini je saya tengok" Tegur Embi.

"Yes, I am! Tapi bukan kerana saya lembu mati bini. saya unhappy sebab batin terseksa"

Silent.

"Awak sedar tak kita langsung tak bersama? Awak peluk saya pun tak. Dan awak sedar tak kita tidur asing-asing? Katil lain-lain? Sekarang dah nak masuk hari ketiga pun. Saya tak rasa pun kita ni couple yang sedang bercuti untuk berbulan madu"

Silent.

Embi bangun dari katil.

"Jom, kita cantumkan katil ni?" Jawab Embi sepatah.

"Dah tegur baru nak buat. Derr!"

Embi duduk kembali di katilnya.

"Awak, saya tak kisah kalau kat rumah hari-hari kita memang berkepit duduk bermanja. Masalahnya kat rumah awak kata awak busy. Peninglah. Stresslah"

Silent. Silent and silent.

"Okay! Enough with your silent-turn-back-go-to-bed-and-sleep trick. I don't buy it this time! Just talk to me! Tell me why?" tegang benar suara penulis kali ini.

Silent.

Seminit berlalu.

"Sayang, ini bukan cara selesaikan masalah. Just let me know why? Awak macam tak bernafsu langsung. Saya tak kisah kalau awak tak nak jadi bottom. It's okay. Let me be the bottom.." Suara penulis sedikit mengendur. Penulis tahu, Embi pantang ditengking. Lagi ditengking lagi dia diam. Langsung senyap sepi dengan muka masam.

Embi bersandar pada dada penulis, terlentuk manja dengan muka 'seposen'. Penulis belai rambutnya perlahan-lahan.

"Saya tak tahu. Saya tak ada mood"

Saat itu, ketika itu, penulis rasa kaki penulis ringan sangat. Kalau tak kerana sayang, dah lama kaki penulis masuk ke dalam mulut Embi.

So, what was our issue? (sigh)

To me, our so called 'honeymoon' has turned out into disaster. Why? Entah! Penulis sendiri tak tahu. Maybe I'm too selfish. Maybe i was pushing him too hard. Maybe it was not him. Maybe it was me.

Tapi penulis dah cuba bagi dia peluang. Tolerate. Sudah setahun 7 bulan kami tidak intim. Penulis tak tahu berapa lama lagi penulis nak bertoleransi. I don't know. I just don't know.

Okay! I'm done. I don't feel like writing at all. Sekian.

Nota kaki bercagu: Fyi, kami memang tak bersama langsung sepanjang percutian 4 hari 3 malam tersebut. Penulis bukanlah drama queen untuk merajuk lebih-lebih, maki hamun, baling-baling pinggan mangkuk what-so-ever. Jadi peristiwa tersebut penulis lupakan saja. Penulis cuba enjoy dengan aktiviti-aktiviti yang telah kami rancang sepanjang berada di sana. Lagipun bukan selalu kita bercuti kan? Tapi jauh tertusuk di sudut hati, penulis terasa hati. Makan hati. Jauh hati. Memang sakit hati. Lebih-lebih lagi yang memerli kami itu makhluk yang bernama Riz, Ex Embi sendiri. Grrr!!

29 comments:

adamiedamuss said...

rasanya perkataan sabar sudah tidak sesuai lagi untuk kamu..kerana telah lama kamu bersabar..penyelesaian adalah jawapan..cari penyelesaian bersama..punca perlu dicari..berbincanglah..bukan bertengkar dan menunding jari..maka jawapan akan kamu perolehi..

dari jawapan jangan kamu makan hati jika apa yang di cari tidak sama dengan apa yang di impi..

musabah diri..redhakan hati..

Penapenis said...

adamieadamuss: yes, that is what im looking for.. tp u tak kenal embi. he's not the discussion type. he prefer to remain silent, say no word.

Sofi said...

i teringat posting u yg dulu...

dulu dia janji... masa honeymoon dia janji nak main ngan PP... bukan nak bz bodi, tp i agree ngan adamieadamuss

AzAz said...

why not cuba cara laen, asyik nak ke "katil" je bosan lah jugak, masa sy gi honeymoon dgn my man dulu pun kami x "bersama" sepanjang percutian, ok jer...

buat prubahan drastik dan surprise... sb api berhaninya dh hampir padam, pahamkan maksudnya... hari2 pun sama, mungkin tu yg jadi punca, bosan

hubungan mcm kita ni perlu ada perubahan angin monsun x leh hanya stick pada satu angin jer... semarakkan api cinta yg kian padam tu... ocay?

Penapenis said...

azaz: asyik nak ke katil jer.. yup memang hari2 nak ke katil, hari2 semenjak tahun lepas - bulan mac.. teringin hari2, dan hari-hari tahan nafsu..tapi TAK pernah dapatlah azaz. i bukan wali azaz, bukan ustaz. wali n ustaz pun kawin jugak, ade tuntutan batin jugak. kalau i boleh kawal nafsu, i tak jadi gay kut. I jadi ustaz jugak. kawin dengan perempuan, settledown masalah. susah i nak terang dengan kata2..

Penapenis said...

i should stop telling my stories. It seems nobody understand what i feel. m just 24. too young to handle this. and am crying rite now.

Sofi said...

PP... sofi paham ape yg PP rasa.. kene setel baik2.. ape lg yg sofi bleh tulis kat sini melainkan kalimah sabar... PP kene sabar sangat2 harungi sume ni.. ape2 pon PP mmg kene cari jalan penyelesaian terbaik.. all the best buddy

Isham said...

I tak tau macam mane u boleh sabar dgn sikap dingin dia...tapi marah is not the sollution dear...better talk nicely to him...if he sincere to love u then he was destinied for u....

Isham said...

crying is not best way...problem x settle...mungkin u patut jarak kan diri dgn dia buat sementara so both of u dpt fikir dan bertenang...u still young and u should enjoy ur life...it's not easy but it will help u to become more independent dear...

mohamad 'may' yawmon said...

kesiannya! lau macam tu, tak ada makna langsung percutian tu. =(

nazzman ibrahim said...

i ingat u dah happy bila g bercuti rupanya tak juga hmmmm tak tahu nak cakap apa lagi...selagi awak boleh bertahan,bertahanlah kalau dah tak berdaya awak tahu apa yang harus di buat.

ichimaru akira said...

Hon,just jump ship. Everyone would be happy

Afzainizam said...

eeeeemmm kisah umah tangga... alahai.... dugaan asam garam hidup... biasalah sedang lidah lagi tergigit... jangan perbesarkan lagi... cool down... sabor je ye.... but ade cara ade jalan.. ade petunjuk maka kita tak jauh tersasar...

R.I.Z.Z.A said...

saya memahami situasi yg penulis alami..memang sukar bukan? bagai ditelan mati mak, diluah mati bapa..dapat pasangan yg suka memendam perasaan dan berdiam instead of berterus terang ni memang menduga kesabaran..saya sendiri tak pasti tindakan yg akan saya lakukan jika saya di tempat penulis..apa2 pun fikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil sebarang keputusan..semoga kasih penulis dan embi berpanjangan..
{ p/s now i wonder what is the best way for me to save my long distance relationship, sigh..}

DarcyDiaries said...

Enche PP,

Macam nih laa, just think abt the opportunity that u had with the loved one, the opportunity of being in a beautiful place with someone that u love, as compared to those who has no one to be with, let alone for holiday!

The more you compare with someone that have "less" than u, the more u will appreciate what u have now :-)

P/S: Nanti saya pass that cable

effa said...

true darcy.
but, i think Embi might ada problem yg tanak cite dgn u skrg ke, give him some times. prepare urself.

Joey said...

if you cannot talk to him on heart to heart...(dah cuba beberapa kali dalam masa terdekat ni) but still cannot...

I think you have to be tough.. :)

Lasykar Langit dan Bumi said...

hmm memang berat...
lasykar pun pnah di 'silent-treat' oleh my ex..
tpi lasykar cepat2 tanya.. and guess what we end up as 'break-up'...

but lasykar salute penulis sebab mampu bertahan sampai sekarang... lasykar xkan beri cadangan untuk Penulis berpisah (bukan hak lasykar), lasykar jugak takkan mintak penulis untuk terus bersabar (kerna sabar pun ada limitnya)...

apa yg lasykar mintak, jgn pendam segala masalah, luahkan di mana2 saluran yang penulis ada... kami di 'blog' sentiasa ada sebagai pembaca yg setia...

maybe xdpt membantu 100% masalah penulis, tp sekurang2nya penulis berkesempatan untuk meluahkan apa terbuku dihati...

(jgn simpan dlm hati, nanti bengkak bernanah ;p)

reezal said...

adoyai...ingatkan maslah dah settle lepas penulis posting about NTAH..
hmmm..poor u..dont wory.. I akan soKong apa2 keputusan penulis..
how COULD he???

..: kAiSaRa AzFaRuL:.. said...

i know it's sounds harsh, but pernah terfikir nak separate kejap?

what's the point sharing mahligai together tp harapan untuk bahgia tu tak kesampaian.

seriously u'r too young nak fikir hal berat2 camnih.

Penapenis said...

^_^
cheer up! cheer up!!!!

Fauzzan Helmy Anuar said...

Cerita Pena dengan Mie same aje
Tapi...
Entahlah
Macam nak nyanyi lagu kita serupa
Hehehehehehe
='(
Hehehehehehehe...

adamiedamuss said...

do u know what PP..??
saya adalah 'spesis' Embi..
silent type..
"teman" saya selalu gusar jika tiap kali saya berdiam diri..
kerana mesti ada perkara yang tidak selesai..

jadi caranya adalah dengan memujuk..
bukan memaksa..
bersuara tenang..
bukan meninggi..
lembut sentuhnya..
bukan rakus..
matang fikirnya..
bukan melulu..

bukan semua NAFSU jawapannya NAFSU..
andai bersama jawapannya juga bukan NAFSU..

mungkin sekadar TEMAN...
mungkin juga untuk BERMANJA...
mungkin sekadar CINTA...
mungkin juga KASIH SAYANG..

TEMAN untuk BERMANJA melahirkan CINTA bukti KASIH SAYANG tidak perlu dibalas dengan NAFSU...

---LAHIR DARI PENGALAMAN BERSAMA---

saya telah bersama "teman" selama 4 tahun yang juga bergelar seorang suami dan juga seorang ayah..

saya kerap memendam, cara penyelesaian saya adalah dengan menulis blog...dan "teman" saya tahu akan kewujudan blog itu..."teman" saya kerap membaca blog saya untuk mengetahui apa yang telah saya pendamkan...banyak salah faham telah diselesaikan walaupun tidak diluahkan face2face...

izzu said...

from my point of view....rasanya mmg sindrom org kawen la

sblm kapel, mmg main 3,4 rounds satu hari...tapi bila dah declare, main semingu sekali je

sbb, sometimes, bila dah "kawen" sex is not everything...byk lg benda lain nak kena fikir

tapi kalo setahun lebih tak bersama, hmm, parah gak tu

nak kena check gak

hati bernanah said...

honestly, aku pun pernah berada di situasi tersebut dengan ex bf dulu. rasa sakit hati sangat. rasa marah. tapi taktahu pada siapa dan kenapa. rasa sepi sunyi pun ada.

:(

Penapenis said...

dalam diri pp, cinta, sayang, rindu untuk dia are still there. Tak pernah surut. Tak pernah hilang. PP tak mungkin berpisah dengan dia. So far. tp bila kehendak tak dipenuhi, it will lead me to cheat on him. I started to see 3rd party. And please dont blame me. I am just a human being.

hati bernanah said...

wah! dah mula menjalang ek PP. bila nak menggatal dgn aku plak ni. hahaha.

Fauzzan Helmy Anuar said...

Pana, Mie maih tertanya-tanya. Mcam mana Pena masih boleh tahan dengan Embi ye dalam tempoh masa yang agak lama. Pulak tu dengan cara dia yang silent type tu. Macam Mie jugaklah, bila Mie tanya jawapannya tak ada apa-apa, tapi dari nada suara dari riak muka Mie tahu ada yang tak kena.
Mie kagum dengan pena sebenarnya. Masih nak bersabar. Mie dah ambil kata putus untuk tinggalkan dia. Mie nak bagi peluang pada orang lain yang boleh menyayangi Mie dan dia boleh rasa kasih sayang Mie yang tak bertepi. Mie rasa Mie faham kenapa. Macam Pena, Mie sekarang hampir 23. Nakkan sesuatu yang boleh dipanggil komitmen. Tapi Mie tak ada kesabaran sebesar Pena.
Mie bukan penasihat yang bagus, tapi Pena fikir-fikirkanlah. sayang memang sayang, tapi untuk apa relation ini kalau setakat kita aje yang nak take action bermati-matian mempertahankannya...

Anonymous said...

sometimes, things that will lead to the worst scenario shouldn't be discussed & therefore we need to remain in silent mode to secure and save the relationship..

-mike-

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails