Saturday, November 7, 2009

Sumber Ilmu?

Bila kita minatkan sesuatu, kita akan usahakannya bersungguh-sungguh.

Erm. Penulis setuju. Sejak semalam, penulis mengarang, mengarang dan terus mengarang. Pantang ada masa terluang di tempat kerja. Di rumah, penulis sambung lagi dari 11 malam sehingga ke 5 pagi.

Sekarang penulis berjaya siapkan satu cerpen. Dan satu lagi dalam pembikinan. Yay!

Seronoknya tidak terkira. Kerana ini cerpen pertama. Tidak terlintas langsung sebelum ini untuk penulis berkarya.

Setahun yang lepas, penulis fikir, cukuplah sekadar membebel, berkongsi emosi di blog semata-mata. Kini penulis memasang impian untuk maju dalam bidang penulisan. Habis seantero dunia cyber penulis jelajah. Mencari sumber, menimba ilmu.

Hampa. Untuk Bahasa Melayu, ia agak terbatas. Tidak banyak laman web atau blog yang membincangkan Malay literature. Hanya segelintir blog, itupun secara ringkas.

Kat mana nak cari sumber ni? Heee!!!!

Library? Perhaps.

6 comments:

DarcyDiaries said...

publish laa, please!! :-)

Fauzzan Helmy Anuar said...

Kamus Tatabahasa Dewan
Tebal kulitnya
Warna hijau
Dalam tu kita boleh tahu mam mana nak menulis dengan betul
Kadang-kadang kita rasa ayat yang kita cakap tu semua betul
Tapi banyak yang silap
Dari kamus tulah kita boleh belajar
Contoh
Orang selalau sebut
Mengetepikan
Sebenarnya
Mengenepikan
Orang sebut
Memperbesarkan
Sebenarnya mana boleh memper... diikuti dengan kan
Yang betul memperbesar
Cuba la Pena cari ye
Ceh tu pengalaman STPM dulu
Hahahahaha

Anonymous said...

www.kepezi.blogspot.com
www.karyawanluarnegara.com

Sofi Zainuddin said...

setuju ngan darcy...

publish la yer plsssssssssssss

Comic Lover said...

a'ah publish laa, nak gak baca gay cerpen dlm BM... blh bagi komen

Penapenis said...

thanks for the info.. sekarang tengah plan nak beli kamus tatabahasa dengan kamus dbp tu.. bulan ni poket kering.. huhuu,, kene tunggu bulan depan

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails