Monday, November 2, 2009

Rompak

Penulis tenung handphone lama-lama. Jauh di sudut hati, penulis teringin benar nak dengar suara mak yang serak-serak basah ala-ala Jamie Lee Curtis tu. Tapi pada masa yang sama, penulis risau. Penulis tak mahu mak susah hati. Perasaan penulis mula berbelah bagi.

“Assalamualaikum mak. Mak ngan ayah sihat?”

“Waalaikumussalam. Anak bongsu mak ke ni? Alhamdulillah. Mak sihat. Cuma kadang-kadang pening. Biasalah orang dah expired ni. Awok baru balik kerja ke ni? Kenapa suara lemah je ni? Tak sihat ke?”

Hati penulis berbunga indah. Suara mak kedengaran sayup, tapi sudah cukup mendamaikan jiwa yang serba gundah.

“Tak mak. Orang sihat je. Hari ni tak keje pun. Cuti. Mak masak apa hari ni?”

“Mak masak ayam masak merah dengan gulai ikan tongkol. Entah sedap entah tidak. Tapi ayohmu tambah sampai sampai dua pinggan. Sedap la kut. Hahaha..” Mak tertawa riang.

“Kucing Kak Long tu beranak lagi. Empat ekor anak dia. Comel-comel. Mak geram tengok yang sekor ni. Warna dia putih tompok-tompok hitam. Comell sangatt! Eh, awok balik tak raya aji nanti? Abang Wey awok telefon mak semalam, dah confirm dengan mak, ,dia tak dapat balik. Cuti pendek sangat katanya”

Panjang lebar cerita mak. Berubah-ubah. Melompat-lompat dari satu topik ke satu topik. Mak memang begitu. Dia cukup gembira setiap kali penulis menghubunginya. Dan masa tulah dia akan update segala cerita dan gosip-gosip terbaru yang berlaku di kampung sepanjang ketiadaan penulis.

“Orang tak balik kut mak. Budget dah lari. Bulan ni sesak sikit. Tapi tengok dululah macam mana. Cuti pun tak confirm lagi dapat ke tak!”

Mak diam sejenak. Penulis tahu bukan itu jawapan yang diharapkannya.

“Takpelah kalau tak boleh balik. Nanti mak kirim serunding kat awok ya”

Penulis tersengih kerang busuk. Mak memang tak pernah lupa makanan kegemaran penulis.

“Awok nak tahu, Kak Mas kene ragut semalam!”

“Ye ke? Kak Mas? Sape tu mak?”

“Sepupu awok la. Sampai terbalik moto dia kene tolak. Kesian. Berdarah-darah siku ngan betis dia kene timpa moto. Tu ada terbaring kat rumah tu. MC dua hari. Jahat betul budak-budak loni kan!?”

Penulis diam. Terbayangkan sesuatu.

“Mak risaukan abang awok, si Duwey ni. Dia ni jenis suka cari gaduh. Kawasan dia tinggal tu dahlah kawasan orang India. Mak risau dia kene pukul ke, kena rompak ke. Macam-macam boleh jadi kalau tinggal kat kawasan bukan orang kita ni”

Penulis masih diam. Should I tell her or just keep it secret?

“Minggu lepas, rumah Tuk Aji Awang kat kampong sebelah kena pecah. Tuk Aji tu kene tikam kat perut. Mujur tak mati orang tua tu. Orang cakap yang buat kerja tu cucu dia sendiri. Ya Allah. Gila benar manusia zaman sekarang. Tak ada agama ke?”

Silent.

“Hello! Anok bongsu! Dengar tak? Ish, dah putus ke? Hello! Hello!”

Penulis tersenyum geli hati.

“Ya mak. Orang dengar lah ni!”

Penulis dapat dengar mak menghela nafas, panjang dan berat.

“Macam ada masalah saja? Tak nak cerita ngan mak ke?”

Sekali lagi perasaan penulis jadi tak menentu. Serba keliru. Berbelah-belah serba salah.

“Orang cerita, tapi mak kena janji. First, tak boleh menjerit. Second, don’t get panic! Boleh?”

Last Friday, penulis pulang lewat ke rumah. Well, after work, penulis melencong ke Berjaya Times Square bersama seorang teman sekerja. Menonton midnite movie, Pandorum.

Kami keluar dari panggung sekitar jam satu pagi and my partner asked me to drop him at Jalan P.Ramlee. Then, I was stuck in the terrible traffic jam and only managed to reach my place about an hour later.

Penat, lesu, mengantuk dan tiba-tiba bengang. Itu yang penulis rasa sebaik sahaja penulis memandu masuk Zax ke kawasan rumah. Kerana sebuah kereta Iswara menghalang laluan utama menuju ke rumah penulis. Penulis turunkan cermin dan cuba intai kalau-kalau tuan punya kereta ada di dalam. WTF!! Nobody inside the car! The owner boleh simply parked his damn car at the main entrance!

Perlahan-lahan, penulis gigih cuba juga memandu masuk ke ruang yang sempit. Luckily, penulis berjaya masuk. Unluckily, Zax’s side mirror did kiss the car’s front door. Siot!! Calar!!

Pedulikan! It served him/her right for what he/she has done. Bodoh punya manusia! Siapa suruh park dekat laluan orang. Penulis terus memandu pergi dengan senang hati.

Yang penulis mahu sekarang, cepat-cepat park Zax, balik rumah, mandi dan landing di atas katil yang empuk. Yay!

Sayangnya, yang penulis tidak mahu, berlaku beberapa minit kemudian. Two Indian guys suddenly meluru datang towards me. Stopped my car and one of them quickly open the door dan melayangkan kakinya tepat ke badan penulis. Leher penulis dicekik kuat. He pulled me out of the car and locked me up with his strong arms, manakala seorang lagi mula memukul penulis bertubi-tubi. Sepak terajang, lempang, tumbuk dan segala-galanya yang ngeri hinggap di badan penulis. Handphone, wallet dan kunci kereta penulis dirampas.

Penulis blur! Why?

“Ko calarkan kereta aku. Ko boleh blah selamba ya! Ko ingat tu kereta bapak ko punya? Ko nak bayar ganti rugi ke ko nak pergi balai?”

“Okay! Okay! Just let me go first! I’ll pay you!”

“Aku nak 500!”

“Banyaknya! Calar sikit je you minta sampai 500? Lainlah kemik ke! Why not you hantar bengkel dulu, baru kita bincang pasal bayaran?”

Debik! Lagi sekali penulis kene tumbuk di perut. Senaknya tuhan saja yang tahu.

“Takde! Takde! Aku nak 500!” Balas si Samseng.

“I takde banyak tu. Okay, kita settle kat balai. Kita tengok siapa salah. You pun salah juga. Simply parked dekat entrance. Mana ada orang parking situ!” balas penulis pula.

Ping!! Berdesing telinga penulis. Kepala rasa berpinar dilempang. Bibir penulis mula berdarah.

“Kurang ajar kau! Kita pergi balai. Ikut kitorang. Naik kereta aku!”

“Tak. I naik kereta sendiri!”

“Tak boleh! Tak boleh! Aku nak ko naik ngan kitorang. Tinggal kereta ko kat sini!” Balas si Samseng lagi.

Penulis mula rasa lain macam. Ada sesuatu yang tak kena. Something smells very fishy in here.

“Gimme my phone. I boleh naik dengan you. But I still need to inform my family!

Gedebik!! Lagi sekali kepala penulis dipukul. Biol seketika.

“Diam!! @#$%^&*!!” Entah apa yang dibualkan sesama mereka.

Permintaan penulis tidak dilayan. Penulis ditarik pergi jauh dari Zax. Oh tuhan, kenapa tiada sebuah pun kereta lalu ketika itu. Penulis mula terbayang yang bukan-bukan. Penulis terbayang mereka bawa penulis ke kawasan belukar, pukul penulis sampai lembik instead of pergi balai polis.

“Can we make a deal? I’ll pay! But I need to go to ATM! And with my car!”

Mereka berhenti, berbincang sesama sendiri

“@#$%^&*%$$%^#@$!!”

Setengah jam kemudian penulis ditinggalkan bersama Zax beberapa puluh meter dari tempat asal kejadian. Si samseng turun, dan hilang dalam kegelapan malam bersama RM500 cash. Di saat itu, ketika itu, penulis blur sangat-sangat. Bagai tidak percaya penulis telah dibelasah dan dirompak begitu saja.

Mak mula menangis sebaik sahaja mendengar cerita penulis. Suaranya semakin serak dek rasa sebak. Dan tersekat-sekat.

“Keling tu binatang ke orang? Sampai macam tu sekali diorang buat kat anak aku!”

Penulis membisu kelu.

“Jahatnya keling tu.. Pukul anak aku... Teruk ke nak? Dah pergi hospital? Dah buat report polis? Mak suruh abang ko datang sana ya nak!”

Penulis terus diam. Mengawal emosi sendiri. Rasa kesal menyelubungi. Membuat hati seorang ibu susah, sehingga menangis tak henti-henti.

“Dah mak…. Orang dah buat apa yang patut. Mak janganlah risau. Orang.. okay. Tak payahla suruh siapa-siapa datang sini”

“Kalau ada apa-apa bagitau mak sayang. Jangan diam sorang-sorang. Ya Allah, selamatkan anak aku”

Penulis terkedu. Merenung sesuatu. Walaupun dilanyak, wang pula dikebas penyangak, penulis bersyukur kepada-Nya kerana masih diberi peluang mendengar suara mak.

“Mak minta maaf. Mak jauh. Mak tak boleh tengok anak mak sendiri. Mak minta maaf tak dapat nak jaga kamu. Mak minta maaf nak. Mak minta maaf. Ya Allah..” Suara mak tersekat-sekat.

Dada penulis sesak. Lemas dilanda sebak. Mata mula berkaca. Beberapa detik kemudian, takungan airnya tumpah juga mengalir di pipi.

Nota kaki bercagu: Trauma. Dan mula fobia pada lelaki India. Lock you car doors, readers.

18 comments:

nAz said...

speechless. supposely mase u dpt chance lari pergi balai je.

tp bahaya gak sbb they know where u live. haishh..

stupid worthless piece of shit. damn!

sangat emoe!

and i cried when ur mum said those things.siannya...

*hugs*

payedd said...

india mmg ganas..tapi bukan semua la..
kalau baik, mmg baik..kalau samseng..sendr paham la..

satu g..india kat tg malim ni..semua bawak laju2..
berapa kali da hampir2 nak eksiden ngan puak2 india

sebab kawasan ni mmg port diorg..kiri kanan kelapa sawit

ejard equado said...

Tak kira kita salah atau betol. Kalau boleh pi ajak pi balai. Kalau kawasan umah awam. Jerit jek. Kalau dia mintak kunci kereta. Bagi jek. kerete ada insurance.

Aku pernah kena. Tapi pow. Pisau kat leher. Masa tuh takot gak. Pukau segala nya pon udah kena.

Yang terbaru kena ragot masa naik motor. Pouch beg pon nak ragot gak. pepe hal. Ko kena sabar.

Aku sedey ar... aku tahu perasaan ko. Sebab aku pernah kena gak. Pow, pukau, ragot semata-mata nak dapatkan duit.

Sabar ek...

Sofi said...

PP byk2 sabar naaa

taj said...

i hope ur okay

damn those people..

hope mati kene langgar lori time mabuk duit haram~

Indra said...

PP,

harap banyak bersabar. ujian tu...

harap2 lepas ni PP lebih berhati2. kalau perlu, use paper spray or something similar. dua ekor jahanam tu memang nak merompak je. mungkin kereta yg diorang pakai tu pun, kereta curik.

sabar ye PP...

Anonymous said...

tragis tol....

Kaleidoscope said...

Byk2 bersabar...I hope you could nail then down afterwords for the necessary action. Take a photo of yourself being beaten up by them, doctor's report, etc as a prove so that when you lodge the police report against them, you could attach those item to it.

Be strong..I know you will..

FaizJB said...

OMG,
simpatinya.. !!
sampai mcm tu skali cara BARUA ni nak peras ugut org
park sesuka hati,
tunggu org calarkan ketenya
then ambush!.. mcm org zaman batu!

dan tersebak aku psl emosi mak ko
syg mak ko ye kat ko
hrp2 la aku x buatkan mak aku nangis

zamry said...

jahanam betul india tu! sakit hati aku!

Fauzzan Helmy Anuar said...

Mie cukup simpati dengan Pena
Mie harap Pena banyak-banyaklah bersabar
Ni mungkin dugaan Tuhan untuk Pena
Dan pengajaran untuk kitorang jugak

Robbery
Section 390 of Penal Code

In all robbery there is either theft or extortion.
Theft is robbery if in order to commit theft, or in committing the theft, or in carrying away or attempting to carry away property obtained by the theft, the offender, for that end, voluntarily causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint.

Pena, sabar tau...
='(

joey said...

eh..was your place not safe?

you better becareful next time..

maybe it's time to move????

||| PöJìé PööH ||| said...

OMG..
Is it for real PP??
Sorry to hear that..
Mmg xde rezeki kan mende² tuh nk jadi..
Xpela rugi sket janji nyawa xmelayang..
Just be careful next time ok!

AzAz said...

yena skrg mmg jahat2 belaka, sy mmg x suka bangsa tu, bukan perkauman, tapi itu kenyataan... samseng skrg pun byk drp kaum itu jugak dh kalah cina...

nasib baik penulis x kena rogol ke... kira beuntung gak tu...

Penapenis said...

tima kasih.. komen anda memberi semangat dan kekuatan untuk penulis teruskan kehidupan seharian. Sama2lah kita ingat-mengingat dan beringat-ingat. Gedebikk(terbayang2 lagi masa penulis kena hempuk di kepala)

nazzman ibrahim said...

Ya ALLAH..
harap awak tabah hadapi dugaan ni hmmmmm keling2 kat malaysia ni mmg kurang ajar sekarang.

Itulah sifat penyanyang seorang ibu,berkaca mata ni bila baca perbualan antara pp ngan bonda tersayang tu.

DarcyDiaries said...

Hi PP..

I am so sorry to hear that.It's kinda scary.

I think they purposely parked their car there.

Next time jangan balik lambat2 sgt ke?

P/S: Ya Allah, peliharalah rakan2 ku. Amin..

Adam Iskandar said...

Aiyoo..selalu dengar citer orang kena rompak je kan... sekali kena kat diri sendiri memang menggelupur...so hati2 lain kali, standby kayu baseball or golf dalam keta hahaaa~~ (",)

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails