Sunday, November 8, 2009

Koyak

“Kadet..”

“Tuan!” Lemah benar bunyinya. Masing-masing keletihan.

“Kadetttt..” Kali ini perkataan kadet ditarik panjang.

“Tuan!!!!!” Bunyinya lebih kuat. Lantang dan bersemangat.

Mereka tahu, mereka pasti akan dihell sekali lagi jika Tuan Arif naik angin. Jadi lebih baik mereka menyahut dengan memekik sekuat hati.

"Aku bagi korang masa 15 minit. 1800H dah siap muster kat depan ni. Lengkap berpakaian PO. Faham tu kadet!!?"

"Tuan!!"

‘Dari padang kawad ke asrama, dah ambil masa lebih dari 5 minit. Dalam masa 15 minit dah kena berbaris balik? Celaka punya Subby! Arahan yang cukup mengarut! Kau ingat kitorang ni boleh terbang ke?’ Getus Pena dalam hati.

Pena tahu, memang mustahil untuk dia dan rakan-rakannya berbaris semula tepat jam 6.

"Ada soalan? Ada apa-apa bantahan?"

Diam. Sepi.

Pena kerling kanan. Razif di sebelah diam tidak bergerak-gerak. Pena kerling kiri. Zamil di sebelah juga diam, tegak terpacak.

“Kadet!! Aku tanya ni!”

"Tak ada Tuan!!!" Semua kadet menjawab serentak.

"Dah! Dah! Aku tak nak tengok muka korang lagi! Squad leader! Suruh anak buah korang berambus!"

"Squad, attention!! Squad, dismiss!!"

Sebaik saja bersurai dari baris, semua pegawai kadet lari berterabur. Berasak-asak melalui jalan yang sempit. Ada pegawai kadet lelaki yang berani meredah belukar. Ada juga yang sampai memanjat pagar. Pegawai kadet wanita juga tidak terkecuali. Turut sama-sama bergasak sesama sendiri merebut laluan menuju ke asrama. Mereka semua ingin cepat sampai, cepat-cepat mandi, cepat-cepat bersiap dan cepat-cepat berbaris kembali.

Nota kaki bercagu: Berikut ialah page 1 yang penulis koyakkan untuk anda.. Nak penulis koyakkan page 2 tak? Tak payahlah ya.. Tak siap edit lagi..^.^

5 comments:

DarcyDiaries said...

PP is really creative..

Fauzzan Helmy Anuar said...

Koyak
Hurm... mesti ade maksud ni
Tak sabar nak tunggu episod seterusnya
Cepat2 la upload ye Pena
Mie sokong Pena dari belakang
Eh
Belakang ke
Hahahahahahaha

hati bernanah said...

ni rekaan semata-mata atau memang real-life story?

Penapenis said...

rekaan semata-mata, tidak ada kene mengena dengan orang yang masih hidup atau yang dah mati..

^_^"

er..adalah sikit2 terkena.

hati bernanah said...

hehehe.
dah agak dah.
mesti ada sikit-sikit based on ur life story kan. apa pun. best.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails