Monday, November 9, 2009

Koyak.. lagi!


Pena terjaga dari tidur. Perutnya terasa memulas. Dia sempat melirik jam yang dipakainya di pergelangan tangan. Pukul 1 pagi. Dalam mamai, dia bangkit dari katil, terkial-kial menyarungkan selipar jambannya dan melangkah longlai menuju ke Head.

Sebaik saja selesai melepaskan hajat, Pena ke sinki untuk mencuci tangan. Dia sempat melihat imejnya di cermin. Ditenungnya imej tersebut lama-lama. Mengamati dan menganalisa muka sendiri.

Muka Pena agak pelik. Tidak nampak Melayu sangat. Mungkin tempias darah Siam keluarga sebelah Mak. Tapi kulit Pena tidak secerah orang Siam. Kulitnya sawo matang. Dan sekarang kulitnya nampak rentung kemerahan. Mungkin hasil berjemur di bawah panas terik matahari siang tadi.

Mata Pena pula hitam pekat tetapi sedikit sepet. Pipinya cengkung dan hidungnya agak mancung. Bibirnya nipis. Giginya cantik. Elok saja tersusun sebaris tanpa berlapis. Badannya? Pena pusing belakang. Kemudian pusing balik ke depan.

Badannya sedap-sedap. Tidak kembang, tidak kempis.

“Mantap jugak badan aku ni. Hehehe”

“Oi, buat apa?” Sapa suatu suara.

“Er..”

“Tak tidur lagi ke?”

Pena lihat ke dalam cermin. Jalal, roommate kesayangannya yang mendajalkan dia petang tadi kelihatan berdiri di belakangnya.

Jalal ke sinki sebelah. Mencuci tangan dan mukanya.

“Pasal petang tadi, aku minta maaf Pena. Aku niat nak gurau je. Tak sangka midshipmen tu serius”

Pena diam. Dia malas hendak melayan Jalal. Dia terus mengatur langkah keluar dari Head. Jalal pula gigih mengejarnya. Mereka berjalan beriringan ke menuju ke bilik.

Tiba sahaja di bilik, Pena terus mendarat di atas katilnya.

“Pena”

Hish dia ni!

“Apa?”

Sorry tau! Kau okay tak?” Jalal sudah pun bertenggek di atas katil Pena, betul-betul di sisinya.

Well, aku hidup lagi ni. Siap tengah mengangkang depan kau”

Jalal tergelak. Bergegar badannya. Katil Pena berkeriuk. Berbunyi agak bising.

“Shhhh!!! Diam la bengong!! Sekarang patut dah pipe down!” Marah Pena.

“Aku suka tengok kau marah. Kau marah, tapi kata-kata kau lawak!”

Giliran Pena pula tersenyum. Tersengih nampak gigi.

Dia tenung wajah Jalal lama-lama. Jalal lebih cerah dari Pena. Agak kacak orangnya. Wajahnya sering mengingatkan Pena pada pasangan pemain bola sepak, si kembar Zaquan dan Zafuan. Wajah Jalal dan mereka saling tak tumpah.

Agaknya Jalal kembar ketiga yang telah lama terpisah kut?

“Aku memang tak reti marah. Lembut hati” Balas Pena.

“Hee..Mungkin jugak. Weh, boleh aku tanya kau satu soalan tak?”

“Nak tanya apa? Aku gay ke tak? Derr!! Cliche’!” Pena mencebik.

Jalal diam. Bermain dengan jari-jemari sendiri. Satu persatu dipatah-patah. Meletup-letup bunyinya.

“Aku tak kisah kau macam mana, Pena. Aku tetap terima kau sebagai kawan. Tapi jauh di sudut hati, aku teringin nak tahu kau macam mana sebenarnya” Kata Jalal.

Honestly, aku pun tak tau”

“Maksud kau?”

“Entahla. Aku pun tak faham lagi dengan diri sendiri. Aku rasa aku bernafsu tengok lelaki. Aku boleh stim kalau tengok badan lelaki. So, aku gay la kut? Dah! Puas hati ko?”

Jalal diam. Tersenyum lawa.

Pena mencair.

“Tapi kau janganlah takut. Aku tak akan rogol kau. Aku pun tak faham kenapa orang takut sangat dengan gay. Being a gay man does not mean that I am going to practice a gay life. Macamlah aku ni pervert and desperate sangat sampai nak kacau atau rogol lelaki!” Sambung Pena. Mulutnya muncung.

“Aku suka sikap lurus dan terus-terang kau. Nampak gentleman beb!”

Gentle-gentle jugak. Kau pehal pulak nak berkampung kat katil aku ni? Dah, dah! Aku mengantuk! Esok pagi kena muster pukul 5 beb! Kau pergi tidur sekarang! Aku gentel kang baru ta..”

Pena tidak sempat menghabiskan ayatnya. Kerana tidak semena-mena, Jalal dengan selamba mengucup bibir Pena.

Segala-galanya berlaku dengan pantas, langsung tidak diduga Pena. Dia tidak sempat mengelak. Matanya terbeliak, sebelum terpejam rapat. Pena akhirnya membiarkan saja bibir Jalal bertaut dengan bibirnya.

Seminit. Dua minit. Hampir tiga minit berlalu.

Mereka berhenti berkucupan. Jalal pandang Pena. Pena pandang Jalal. Mereka bertentangan mata.

“Pena, aku suka kau”

“Jalal..”

“Betul aku suka kau Pena! Aku tak tipu!”

“Jalal, aku..”

“Hari pertama aku tengok kau, aku dah suka” Sambung Jalal lagi.

“Jalal!” Pena telan air liur. Lagaknya seperti tercekik sesuatu.

“Ya. Napa Pena?”

“Aku dah stim!”

Nota kaki bercagu: Sedutan dari cerita pendek penulis; Koyak

14 comments:

R.I.Z.Z.A said...

i like, i like, i like.. ;)
especially this part, " aku dah stim! " nicely done there.haha..
cant wait to read the whole story..
keep up da gud work PENA..

nazzman ibrahim said...

wahhhh hehehe nice citer ahaks...tak sabaq aku nak tau kisah seterusnya

FaizJB said...

aku pun terikot stim..
ehe

*teringat scandal semlm..

Fauzzan Helmy Anuar said...

Good job
Nice story
Tapi Pena rasa tak cepat sangat ke???
No
Maksud Mie bukan stim tu
Cerita ni
Mie harap panjang lagi...

Penapenis said...

well, untuk clearkan mana2 yang kurang clear..

Apa yang dipublish di blog ni cuma sedutan sahaja, di mana penulis pilih scene/babak yang menarik sahaja. Ala you all ni! Ini ibarat trailer sebuah movie sebelum dikeluarkan la.. strategi pemasaran katanya.. hak hak hak..

okay2,.. sejujurnya, memandangkan koyak ni cerpen experimental penulis yang pertama, jadi penulis kurang yakin dengan kualitinya.. itu yang penulis tak berani nak publish habis..ngee ^_^"

DarcyDiaries said...

i can imagine the situation where Jalal on Pena's beb..
I guess..time tuh, sure dada Pena dub dab dub dab...

:-)

Jejaka said...

nice stroy i like it, i hope the story will be continue...

AzAz said...

eh bestnya, lagi lah...nk tau apa jadi pas tu

Indra said...

PP,

publish je hasil nukilan tu. tak payah nak risau on what other people think about it. don't worry about the mistakes. nobody's perfect and sapa2 yang perasan perfectionist tu, should work with DBP je.

memang best baca blog n cerita dari PP ni. light & entertaining. =)

nnt i suruh my frends belek2 ur blog and read ur story.

Sofi said...

laaaa.... trailer ke? publish la penoh2... sokongan peminat ramai ni

hati bernanah said...

kelakar beb ayat last tu. aku dah stim. wakakaka. kalau aku, aku pun stim jugak.

Penapenis said...

hurm.. tengah final editing..

hati bernanah said...

edit bagi cambest tau bro. kalau best. ko bole terbitkan blook.

Kaleidoscope said...

Pena, honestly said, a great storyteller like u, ko tulis apa pun orang baca. Kekeke

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails