Monday, November 23, 2009

KFC


Pena menyelongkar meja studynya. Laci meja ditarik rakus. Benda yang dicari bersepah dalam laci tersebut. Pena tersenyum sambil gigih mengutipnya satu persatu. Licin bersih laci meja tersebut dikerjakan Pena.

Di dalam bilik yang sama, di atas katil pula, Azmi sedang duduk bersila. Khusyuk menghitung dan menyusun hasil pencariannya.

"Pena, dapat banyak tak?" Laung Azmi

"Tah! Aku tak kirapun lagi"

Pena menghampiri Azmi. Secekak 'hasil' yang berjaya dikutipnya ditaburkan di atas katil, betul-betul di depan Azmi.

"Oi! Oi!! Janganlah sepah-sepah!! Aku tengah susun elok tu!! Hish!! Bloody hell kau Pena!"

"Tolong kira ya! Aku nak tengok dalam loker aku pulak!" Balas Pena, tersengih nakal.

Pena bergerak ke lokernya. Meraba, meramas dan menggagau dalam poket setiap seluar dan baju kemeja yang tergantung di dalam lokernya.

"Cuba tengok bawah katil ngan bawah tilam kau. Mesti ada punya. Tadi aku angkat tilam aku, siap jumpa yang kertas lagi. Bawah katil aku lagi dasyat. Dah macam lombong bijih timah" Laung Azmi sekali lagi.

Pena bergegas ke katilnya. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng melilau mencari di bawah katilnya. Habuk dan debu yang melekat di badannya tidak langsung mematikan semangat Pena.

Mata Pena bulat, bersinar terang sebaik sahaja ternampak sesuatu.

"Mak aih! Weh bro! Gua dapat kertas merah!!!" Jerit Pena keriangan.

Kelekukk!!

"Adoimak!! Kepala aku!" Pena menjerit kesakitan. Dek kerana terlalu gembira, dia terlupa yang dia masih berada di bawah katil.

Berderai ketawa Azmi. Berdekah-dekah. Perutnya yang sedikit boroi bergegar. Katil buruknya bergoyang. Berkeriuk bunyinya.

"Adoila!!! Woii Miey! Dah berapa banyak dah? Dah segenap tempat dah aku cari. Penat la beb. Kepala aku pun dah weng ni!! " Keluh Pena sebaik sahaja keluar dari bawah katilnya. Kepalanya diusap-usap. Wajahnya berbedak debu. Rambutnya berhias sawang.

"Campur dengan yang baru kau jumpa, dekat 30 ringgit."

Wajah Pena yang sedikit lesu bertukar rupa. Nampak girang bercahaya.

"Siyes beb? Yahoooo! Cayalah rumet!!!!" Pena melompat ke atas katil Azmi. Dia memaut tengkuk Azmi. Mencium dahi jendul Azmi secara spontan.

"Woi woi! Habis terabur duit syiling ni. Aku baru je susun, bahlol!!" Azmi menujah manja dahi Pena.

"Jom Miey! Gua dah sangap ni!!"

"Jom!"


* * *


Langit terang benderang. Kepul-kepul awan putih berarak perlahan ditolak angin yang bertiup malas. Dedaun kering kelihatan berayunan lesu di ranting milik sang akasia tua. Menunggu masa saja untuk gugur. Melewati pokok akasia tersebut, Pena berjalan beriringan dengan Azmi menuju ke kantin.

"Miey, agak-agak kau, dengan 30 ringgit ni, berapa hari kita boleh bertahan?"

"Entah! Seminggu boleh kut. Kalau kita pandai jimat, dua minggu pun boleh. Tapi kena makan nasik dengan lauk telur je lah. Eh, Pena! Aku rasa baik kita beli megi. Satu pek baru 3 ringgit lebih!"

"Miey!"

"Yup!"

"Lapar la Miey"

"Iya! Aku pun. Kat kantin nanti aku nak bedal mee rebus!"

"Tapi Miey, aku nak makan KFC!"

Nota kaki bercagu: Kenangan manis ketika penulis di kolej matrikulasi ini tidak mungkin penulis lupa sampai bila-bila! Hey, kami betul-betul keluar ke pekan dan beli 1 set dinner plate KFC untuk dikongsi berdua!! (Menggunakan duit syiling! Hak hak hak!!). Dan hari-hari seterusnya, kami ikat perut lagi membalun mee segera. Apa apa pun, Miey, gua sayang lu bro!

16 comments:

lone ranger said...

zaman matrikulasi memang best kan. aku pun ada cerita tersendiri. :)

p.s: sekarang azmi katne?

sYukCurz said...

aha. luv to hear ur story PP.

Penapenis said...

hati: Azmi join the navy. he is an officer now. our platonic brother-brother relationship deteriotated due to he fell in love with a girl, and i couldnt stop the jealousy from invading my heart. FYI, he has no idea that i am a gay man.

syukcurz: ^_^ PP sendiri pun sentiasa tersenyum bila ingat kisah lama.

nazzman ibrahim said...

ZAMAN2 DOK BELAJAR KALAU DI KENANG KEMBALI MMG BEST SANGAT..

razzi@ajeet said...

Ajeet Suke Cite nie.. terkuar kejap air mata..

terbayang kawan2.. seronok kalu ada kawan2 yang mcm ni..

susah sama susah..

senang sama senang

effa said...

waa...tetibe lapar KFC sangat. me n my bff, pernah makan megi sebungkus share. letak air banyak-banyak. konon2 boleh kenyang la makan kuah bnyk. sadis :(

Lasykar Langit dan Bumi said...

zaman stdy memang d best, especially duk hostel... susah payah, memang byk mengajar kita... sukar lah nk lupa semua benda tu...

ikat perut? lasykar pun selalu buat, tu yg keding smpi skunk hak3

Anonymous said...

cite thn bile ni?
penulis matrix di mne?

Sofi Zainuddin said...

cerita PP kalau dinovelkan memang confirm bleh lawan nizam zakaria..sofi begitu speechless, ur story sangat perfect.

haish... zaman belajar ngan kawan2 memang sangat best!

DarcyDiaries said...

sweet..................

P/S; Student years were the best!

Penapenis said...

i belajar di matrix rahsia! hahahaha..

semua orang ade pengalaman pahit manis tersendiri ketika di bangku sekolah, kolej dan universiti. Dan kisah itulah yang mematangkan kita kan?

apa2 pun,i feel honoured sgt kerana berjaya buat anda semua kenangkan masa lampau.. *wink*

joey said...

jom makan kfc...hahahaha

zikeryhassan said...

bru je lalui situasi
ikat perot beberapa
mggu lps. sbb elaun
lmbt msok. huhu

btw,
student life sgt sonok.

Fauzzan Helmy Anuar said...

Miey???
Hurm... Yelah
Sayang Pena jugak la
Motif???
Nak kene bunuh???
Hehehehe
Jangan marah tau Pena
=P

lone ranger said...

oh. navy ek. suka tengok dorang dlm white uniform. nampak sgt elegan. hahaha.

Adam Iskandar said...

Yeayy...!!! memang best masa sekolah rendah..dah masuk U stress menggila huhuuu~~

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails