Saturday, October 31, 2009

Bau


Kaki penulis dah mula terasa lain macam. Lenguh tidak terhingga. Lutut terasa lemah tidak bermaya. Kebasnya menjalar hingga ke paha. Dari paha, rasa sengal merebak terus ke tulang belakang.

Penulis menjeling jam di tangan. Baru tiga jam berlalu. Tuhan... perut dah mula terkena angin senggugut (masuk angin lah!!). Bahagian pinggang ke bawah pula merayu ingin duduk! Penulis terus capai kerusi. Belum sempat melabuhkan buntut, penulis ternampak sesuatu. Barang baekk!

Usianya lingkungan 30-an. Pinggang sekitar 31-33 (ilmu meneka ukur lilit pinggang ini ditimba dari seorang rakan). Berkulit cerah. Bercermin mata. Berkening tebal. Berpakaian pejabat. Gayanya sedikit PLU. Rupanya pula saling tak tumpah Chen E Kin (pelakon popular Hong Kong, tak kenal sudahh!). Hurm,,.. taste!!

I stood up and quickly approached him (dengan gaya sehabis machonya).

"Good evening sir. XXX just launched a new product. And now we are having promotion bla bla bla bla.."

Sambil bercakap sambil mata tak berkelip merenung dia.

"Monthly dia berapa bang? Saya bla bla..."

Lah! Melayu ke? Ingat Chinese tadi.

FYI last few days, a roadshow was held by my company in one of the busiest shopping complex in KL. And unfortunately, dalam ramai-ramai staf di unit kami, penulis yang dipilih untuk join the roadshow. I've been assigned by my boss to help the sales and marketing people to promote and create public awareness of our brand especially our new products. Dan pada masa yang sama, penulis dikehendaki merekod segala feedbacks and complaints from our customers. So dengan kata lain, jadilah penulis seorang pegawai khidmat pelanggan dan promoter bidan terjun sekaligus. Isk isk isk.

Jadi abang Chen E Kin tadi dapat tak penulis pancing?

Haruslah dapat! Tapi itu bukan masalahnya. Masalah cuma terjadi ketika penulis sibuk menerangkan terms and conditions, procedures what so ever. Apabila perut penulis tiba-tiba terasa lain macam ketika itu. Seminit dua kemudian, penulis mula terasa senak. sesekali mencucuk-cucuk. Menghiris pedih. Terasa seperti ada angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dalam tali perut menuju ke lubang dubur.

"Mintak diri seminit bang. Saya pergi belakang jap."

Penulis beredar cepat-cepat. Melangkah laju menuju ke kaunter goodie bags. Otot dubur penulis kemut kuat-kuat risau kalau-kalau terlepas angin dalam perjalanan ke kaunter tersebut.

Prutt. Pruttttttttt Pruuutttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!Prut!

Di kaunter goodie bags, berdas-das akhirnya berjaya penulis lepaskan. Mengeluarkan gas yang terkumpul diikuti bunyi meletop-letop. Baunya? Tungkik dan durjana sekali!! Penulis menarik nafas menghidu kebusukan bau kentut sendiri sambil tersenyum puas. Bangga kerana setahu penulis, rahsia penulis tersimpan rapi di kaunter itu.

Apa yang penulis tidak tahu, ada makhluk tuhan yang lain sedang berdiri di belakang penulis. Dua orang gadis promoter.

"Eiiiiiiiii, busuknya!!!!! Awak kentut!!!!!Busuk! Busuk!! " Pekik salah seorang, spontan. Agak kuat suaranya kerana abang Chen E Kin juga menoleh.

"Ei... tak senonoh!! Jen, awak kentut manyak busuk!! Awak kentut depan kami!!!Huhuhu..." Jerit seorang lagi.

"Shhh!! Shut up! I'll buy Starbucks coffee for u guys nanti!"

Penulis sempat melihat sekeliling. Semua orang menutup mulut dan hidung. Termasuk abang Chen E Kin. Mereka memandang penulis sambil kening berkerut seribu. Penulis tersengih. Malu.

Busuk sangat ke bau kentut aku..

Nota kaki bercagu: Seingat penulis, baru dua hari penulis tak berak. Kenapa busuk sangat bau dia? Abang Chen E Kin? I closed the deal with him dengan muka tak bersalah. Biarlah. Ada haku kesah? Janji penulis dapat sales. Lalalalala..

5 comments:

Fauzzan Helmy Anuar said...

Harus la busuk
Dah sampai mulut dan hidung ditutup
Tu dah tahap pekung
Hehehehehe
Gurau je

Pena
Nak jemput Pena ke Festival Zapin Johor peringkat Negeri dekat Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB pada 6,7,8, da 9 November ni. Kalau sempat sudi-sudikanlah ye datang

Sofi Zainuddin said...

should i call u God in writing?
PP sangat pandai mengolah cerita. sampai cerita pasal kentut pon begitu superb untuk dibaca berulang kali hahahaha

Penapenis said...

Fauzzan: i nak pergi sgt!!!!.. tapi kene tengok dulu.. not sure yet pasal bulan 11 byk sgt nak pakai duit....My honeymoon bulan ni:D

Sofi:Not that good. Msih belajar banyak perkara. Selalu jugak berangan. Kan best kalau dalam masa 5 tahun lagi, i dah jadi penulis profesional..

Joey said...

Euww!! Hahahahaha..

Now I know why I can't catch a glimpse of you on your usual place :)

nazzman ibrahim said...

hahhaha kelakar tul

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails