Sunday, October 25, 2009

Fetish


"Kata orang, kalau dah suka tu, bau kentut pun bak perfume yang wangi. Kalau dah tak suka tu, perfume yang wangi pun disangka kentut" tempelak penulis apabila Embi mula mengadu tentang bau ketiak penulis. Ketika itu penulis baru sahaja pulang dari berjogging.

Penulis bukanlah jenis tidak boleh menerima kritikan. Cuma sekadar ingin menguji apakah jawapan yang akan Embi beri.

"Derr!! Awak, saya bukan macam tu. Kalau dah busuk tu saya kata busuk jugak walaupun saya sayang. Ni bukan busuk, ni dah bau tungkik! Pastu ada hati nak peluk saya. Dah! Dah! Pergi mandi. Jap lagi kita keluar makan!"

Penulis akur and quickly grab my towel. Pakaian yang basah dengan peluh cepat-cepat penulis tanggalkan. The last piece, Encik Seluar Kecik pula penulis campak ke arah Embi dan hinggap tepat di kepala dia.

"Eiiiwwww!!! Encukkkkkkkkk!!"

Hak hak hak hak..

Terus, insiden tersebut secara tak langsung mengingatkan penulis kepada kisah lama yang hampir-hampir saja penulis lupakan.

Klung klung klung...

5 tahun lepas, penulis masih belum aktif sangat dalam dunia PLU. Masa tu, penulis adalah pelajar pra-universiti di sebuah kolej jauh nun di N9. Belum mahir beronline, tidak kenal Myspace, Friendster, Guys4men etc, dunia penulis ketika itu adalah lebih kepada dunia akademik. Bangun pagi, celik sahaja mata, penulis terpaksa bergegas bersiap ke dewan kuliah. Malam, mata yang terpejam terpaksa disengkang, demi menyiapkan tutorial yang menggunung indah. Pendek kata memang tak ada masa nak cari jantan untuk sama-sama 'beriadah'.

Qie (bukan nama sebenar), tidaklah rapat sangat dengan penulis. Orangnya rendah. Bersaiz sedang-sedang, sedikit lembut dan agak menggelabah. Perutnya sedikit ke depan serba terdedah (baca: boroi ler tu..). Berasal dari Sabah, membesar di Sabah, bersekolah si Sabah. Tetapi terlalu ingin menetap di Semenanjung. Jadi, terdamparlah Qie di sini, menjadi my kuliahmate. Oh ya, Qie is my next door neighbor too.

Qie dan penulis adalah teman ilmiah yang sering sama-sama bersengkang mata menyiapkan tutorial dan assignment. Kadang-kadang penulis ke bilik Qie. Kadang-kadang Qie ke bilik penulis. Kalau dah menyampah sangat memandang antara satu sama lain, kadang-kadang kami masing-masing lepak di bilik sendiri sahaja.

Suatu pagi yang indah, penulis terjaga sejam lebih awal dari waktu Subuh. Sebenarnya sudah tiga hari penulis tidak pulang ke bilik (Well, tidur di bilik skandal, hakk..). Gara-gara ingin mencuci baju, penulis gagahkan diri menapak balik ke bilik sendiri. Tak boleh tidak, I have to go back as this is the perfect time for me to wash my clothes (biasalah hidup di hostel). Awal pagi macam tu, semua orang masih enak berdengkur. So, at that particular time, I can avoid hustle and jostle in the small washroom dengan budak-budak lain.

Malangnya penulis terlupa penulis tak punya sabun cuci baju.

'Alahai. Baju kuliah dah habis pakai semua ni. Kalau tak cuci sekarang bila lagi aku nak cuci' Penulis mengomel sendirian.

'Qie mesti ada stok dynamo!'

Penulis ke bilik Qie. Pintunya berkunci. Tapi penulis tahu, di mana Qie biasa letak kunci biliknya; Di dalam kasut (kami memang amalkan tinggal kunci dalam kasut) hak hak hak...

Perlahan-lahan pintu bilik Qie penulis buka. Penulis tidak mahu mengejutkan dia. Penulis juga tidak mahu disangka pencuri. So I just switched on the light. Dalam sibuk mencari sabun cuci baju, tergerak hati penulis untuk melihat si Qie yang sedang enak berlingkar..

Umangai!! Bosanya buntut!

Qie tidak berbaju dan hanya berboxer. Dia tidur mengiring ke kiri. He was sweating and snoaring like a roaring lawnmower. Buruk benar!

Seketika, mulut penulis mula ternganga sebaik sahaja melihat sesuatu dalam pelukan Qie. Tangan kirinya yang dirapatkan ke pipi kirinya kelihatan sedang memegang sehelai short berwarna merah.

'Biar betik?'

Cepat-cepat penulis kembali ke bilik dan terus selongkar baldi yang berisi pakaian kotor yang ingin penulis cuci nanti.

'whadda??'

Short merah penulis tiada dalam baldi. Penulis mula terbayangkan aksi tidur Qie tadi. Short merah yang dipegang dekat ke pipinya (yang gebu) saling tak tumpah short milik penulis. Jantung penulis mula berdebar. Peluh jantan mula menitik.

Damn! Damn! Damn!

Okay, rileks. Mungkin apa yang penulis fikir tak benar. Mungkin juga pelanduk dua serupa. Atau mungkin ilusi optik semata-mata?

Sekali lagi penulis ke bilik Qie untuk memastikan perkara yang kurang pasti itu. Penulis tenung betul-betul short merah itu. A series of 'natural' polka dots buat mulut penulis ternganga sekali lagi. Kali ini penulis pasti.

Niat penulis untuk cuci baju terencat. Selera penulis mati. Penulis berlalu pergi , balik ke bilik, memanjat katil dan bersembunyi dalam selimut dengan satu pertanyaan.

'Budak Qie tu syok dekat short aku ke? Alahai..'

Nota kaki bercagu: Jangan letak kunci dalam kasut ya kawan-kawan. Dua hari kemudian, short tersebut kembali semula ke dalam baldi penulis. I just pretended as if I have no idea what the hell just happened to my unlucky short. Cuma masalahnya, penulis tak boleh tengok Qie. Perasaan penulis bercampur-campur. Nak tergelak ada, tersipu malu pun ada. Seingat penulis, short itu memang kotor, berbau dan kali terakhir penulis pakai, penulis melancap dan pancut you-know-what di dalamnya.

Ngee ^_^"

12 comments:

payedd said...

hahaha
hmm...
yap..kalau sayang. semuanya wangi la..

kalau da x syg..sndr paham

rindu ostel life~ haishhh

Shayne said...

luv ur story, reminds me at my old memory... lol

Lasykar Langit dan Bumi said...

Gosh... Penulis sentiasa ada idea mengolah cerita yang mampu buat Lasykar tersenyum...

Teruskan berblogging ya....

DarcyDiaries said...

ur red short tuh..what kind of material eh? lycra? nylon? cotton? hehehe :-)

ZaCk AzRiN said...

heheehe...
happy ble awk dh baik dgn ur embi...
smoga bpnjgn erk...
wow...tringat la plak ksah lama sy...
wakakakakkaka...hstel nie byk cbrn...
huh...xkuat bleh rebah...huhu...
rmai gak erk yg minat awk...secret admire gitu...

nAz said...

kalau i sah sah da xbole nak jd mmbr
its Awkward!!

ciwa said...

haha
kelakar gile
menggelabah je itu qie
nak mintak jela kan
hahak ;DD

i pon suke gak curik2 kwn punya dulu
ekk !

Sofi said...

sofi ngah badmood..
bile baca posting nih, gelak sampai golek golek.. hilang segala duka hahahaha

Pena Anak Penis said...

Shayne: then, Kongsilah..

Payed: Kan? tp tak jugak. Kalu I, I akan sound direct.. macam embi sound I, macam tulah I sound dia balik. so kita pihak yang kene sound ni cepat2lah bersihkan diri.. terimalah teguran.. jgn asyik nak sentap menyentap pulak..

Lasykar: tengok mood dan tengok idea. I'll keep on blogging kalau umur masih panjang.. (tiba2 I rasa sayu bila singgah blog Yasmin Ahmad yang terabai..:( No more update from her )

Naz: Memang awkward.. tp malas nak fikir.. lama2 I pun lupa kejadian tu. Tp serik dah nak tinggal kunci dalam kasut. Selain risiko kene rompak, risiko menda2 macam ni lah..

Darcy: Short tu sejibik cam ilustrasi. Not lycra. But its body hugging and quite short. Well, untuk bersantai..

Zack: Macam ni lah encuk n embi. Kadang2 jadi kawan, kadang2 jadi lawan..

Ciwa: Erm.....no coment!

Sofi: nape moody copie? ceria2 lah selalu bila bertnadang ke PP

razzi@ajeet said...

Lawak la PP..
apa kesudahan cerita PP ngan si Q??
teruja nak tau kesah PP nie.. hehe

Pena Anak Penis said...

kesudahannya, tiada kesudahan..Qie sambung belajar dalam farmasi dekat UM kalau tak silap. Sekarang dah kerja dekat area bangsar. Tak ada apa2 berlaku antara kami. And he has no idea at all that I already knew his little secret.

nazzman ibrahim said...

hehehe boleh dibanyangkan situasi itu...kelakar tul

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails