Sunday, October 18, 2009

Zapin


Sejak kecil, sampailah besar, selalulah juga tengok Zapin di kaca TV. Tapi masa tu, penulis tak ambil peduli. Sehinggalah penulis bergelar mahasiswa (tapi feeling mahasiswi), penulis akhirnya dapat lihat secara live betapa indahnya seni budaya orang kita sendiri.

Semuanya bermula apabila kelab senitari universiti membuat persembahan pelbagai tarian Zapin di hadapan kami, para pelajar baru. Bunganya tertib dan tersusun. Gerak-geri, olah tubuh yang banyak tertumpu pada kaki nampak begitu cergas. Sesekali tangan terhayun kemas. Sesekali kepala pula terhingguk pantas. Wow! Penulis sangat kagum dan teruja. Penulis menonton sambil ternganga. Dan mula memasang niat untuk mempelajari Zapin.

Jadi penulis dengan machonya mendaftar masuk kelab tersebut? Tett.. Tidak.

Yupp, I did not join the club. Not even try to learn Zapin. Penulis terlalu takutkan tanggapan umum. Terutamanya kawan-kawan. Takut diejek, takut dihujani kutukan dan takut dicop pondan atau berminat pada golongan tersebut. Tetapi sekali-sekala, petang-petang selepas bersukan, penulis akan curi-curi cuci mata melihat adik-adik yang comel-comel berlatih Zapin. Hai..

Masuk tahun dua, penulis berkenalan dengan seorang junior. Kecil molek orangnya. Manja dan baik hati. Yang penting comel. Setelah beberapa minggu kenal, kami mula berpacaran. Biarlah penulis namakan si dia sebagai Mr JGa sahaja. Yang seronoknya, Mr JGa juga seorang yang pandai berzapin. Bukan setakat pandai, malah antara penari berbakat di universiti. Tett.. Impian untuk bercinta dengan penari tercapai jua akhirnya. Hahaha..

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Di mana mengalirnya darah seni kalau tak kepada kekasih sendiri. Dari Mr JGa, penulis mula kenal dunia tari. Well, orang baru. Kerasnya penulis bak kayu. Sebagai permulaan, penulis belajar pergerakan asas, belajar mengira step dan belajar mengenal pola lantai. Dan lama-kelamaan, minat yang memang sudah lama terpendam jadi kian mendalam. Penulis mula jatuh cinta kepada Zapin.

Penulis dan Mr JGa kemudiannya sama-sama membangunkan sebuah kelab senitari untuk kolej supaya kami dapat masuk bertanding di peringkat Universiti. Kami pun mulalah mencari penari. Kareografenya - Mr JGa sendiri.

Dari merangkak, kami berdiri, bertatih dan dari bertatih kami berjalan sehingga akhirnya mampu berlari, memberi saingan sengit kepada kolej-kolej lain yang lebih senior dan tersohor. Penulis juga mula bersahabat dengan penari-penari hebat. Yes, most of them are 'sotong' sehingga penulis sendiri dipandang serong. Tetapi penulis tak pernah menyesal, malah rasa bertuah mempunyai sahabat yang setiakawan seperti mereka. Tett.. Impian penulis untuk terlibat secara langsung dalam senitari juga tercapai..

"Kau menari Zapin? Muwahahahahaha! Sejak bila kau jadi pondan ni??" Berderai gelak Mr J, seorang rakan se-ROTU apabila mendapat tahu penulis sudah pandai berzapin.

Bagi penulis, pendapat itu sangat tipikal. Orang kita selalunya melihat Zapin sebagai satu tarian untuk wanita dan golongan lembut. Pemikiran yang cetek bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Di kalangan lelaki straight pula, mereka labelkan penari Zapin lelaki sebagai pondan.

"Zapin? Hish! Kamu sukalah hidup bergelumang dengan dosa? Maksiat semua tu!" Tegur Mr Am, seorang lagi rakan yang alim dan warak.

Pendapat ini juga tersangatlah tipikal. Di mata golongan yang celik agama di kolej kami, Zapin ibarat dosa. Mereka menilai Zapin sebagai salah satu hiburan yang melalaikan dan berunsur maksiat. Senior-senior, baik lelaki mahupun perempuan yang ahli surau memberi amaran serta melarang keras junior-junior agar tidak mendekati kelab kami. Jadi agak sukar untuk kami merekrut ahli baru sebagai pelapis.

Dua pendapat di atas penulis sifatkan sebagai persepsi golongan yang tidak memahami nilai seni dan keindahan budaya sendiri. Mereka juga tidak berusaha untuk kenal apakah Zapin yang sebenarnya.

Kelab sosial yang lalai, kata mereka. Inilah yang mereka lakukan, terus sahaja membabi-buta menjatuhkan hukuman sendiri.

Penulis fikir usaha Yayasan Warisan Johor yang tidak pernah berputus asa dalam memartabatkan Zapin patut kita sanjung. Lagipun, di kalangan masyarakat Melayu Johor, Zapin dipandang tinggi, dijulang dan dirai. Mereka sedar, Zapin adalah budaya yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang kita yang patut dipelihara sampai bila-bila. Dan kalau diselak-selak kembali, sejarah Zapin sebenarnya berkait rapat dengan masyarakat Islam. Zapin lahir dari pedagang-pedagang Islam dari Tanah Arab yang bertandang ke Tanah Melayu suatu ketika dulu. Bagi masyarakat ketika itu, Zapin adalah salah satu cara untuk merekaberhibur, setelah penat bertani dan berdagang di sebelah siangnya.

Dalam Islam sendiri, menari hukumnya harus. Kerana menari juga adalah satu bentuk senaman. Menari boleh bertindak sebagai satu medium untuk seseorang meluahkan perasaan melalui setiap pergerakan yang dilakukan. Di samping menjadi satu senaman yang bermanfaat untuk tubuh badan, menari juga dapat mengisi masa lapang dan berupaya menghindarkan diri kita dari masalah sosial. Cuma adalah batas-batas yang perlu kita jaga seperti pergaulan dan pemakaian.

Dalam Zapin, walaupun berpasangan, tiada langsung pergerakan yang memerlukan lelaki dan perempuan bersentuhan. Setiap pergerakan juga bersifat sopan, tidak terkinja-kinja atau boleh menaikkan nafsu syahwat. Busananya pula direka longgar untuk tidak mendedahkan tubuh badan. Malahan penari perempuan juga boleh bertudung dan berselendang. Jadi, di celah mana pula timbulnya maksiat, Mr Am? Lagipun, bukankah maksiat boleh berlaku di mana-mana sahaja? Tidak sekadar di lantai tari? **winkk!

"Berkawad juga bercampur lelaki perempuan. Pakaiannya ketat dan agak mendedahkan. Yang perempuan berseluar menampakkan tubuh badan" Balas penulis membidas teguran Mr Am (dia pemegang pangkat Leftenan Muda Wataniah di kolej kami). Tett, Mr Am terdiam, mendengus dan berlalu pergi.

Amboi, serius benar entri kali ini. Hak hak hak.. Ala, sekali-sekala serius, seronok juga.

Sebenarnya terdapat 1001 jenis tarian yang membanjiri negara kita pada hari ini. Hip-hop, breakdance, shuffle, waltz, salsa etc. Golongan remaja lelaki dan perempuan memandangnya sebagai suatu yang cool. Hebat rasanya andai diri mampu berhip hop. Berbreakdance. Tetapi bolehkah dibanggakan pencapaian itu? Sahabat, masyarakat luar tidak memandang sebelah matapun kehebatan anda. Kerana mereka punya penari yang jauh lebih hebat dari itu. Bagi penulis, tarian tradisional seperti Zapin lebih cool kerana ia membezakan kita dengan masyarakat luar. Ia ibarat cermin identiti milik orang kita untuk masyarakat luar kenal, tahu dan sedar, seni budaya Melayu juga tak kurang hebatnya.

Tett.. siapa setuju??

Nota Kaki Bercagu: Hubungan Penulis dan Mr JGa tak lama. Genap setahun bersama, kami berpisah akhirnya. Tapi hubungan kami tetap baik. Kami tetap sama-sama bergandingan menggerakkan kebudayaan dan kesenian kolej. Sekarang? Entah, Mr JGa sudah lama tidak menghubungi penulis. **tersenyum pahit teringat kekasih lama..

8 comments:

Lasykar Langit dan Bumi said...

Zapin?? yup nampak macam senang, tapi inilah tarian yg memerlukan ketelitian. Dari ketelitian itulah datangnya seni...

persepsi yang takkan berubah kot terhadap golongan penari lelaki, lebih2 lagi tarian tradisional ini...

lasykar gemar melihat mereka menari, kalau mampu untuk menari dgn cantik, pasti lasykar turut serta...

p/s: xsuka tarian shuffle ;p

DarcyDiaries said...

Dancing? me likey! ;)

||| PöJìé PööH ||| said...

Ohhh, budak zapin gak ker??
So we r in the same line..
Me n my Kaseh was from YWJ, we r both Johorian, we r both love zapin!
Guest what, kami pnh jadi partner masa zapin, isn't it kinda ballroom dance versi Melayu??
Kikiki..

Pena Anak Penis said...

Poojie: Is it? So suweeett
Darcy and lasykar: Jom kita menari like a dancing queen,, :D

Lasykar Langit dan Bumi said...

Jom kita menari... melangkah ke alam yg penuh kedamaiannya tersendiri...

Fauzzan Helmy Anuar said...

Pena...
Pergi ke UKM hari tu???

Anonymous said...

nice en3....teringat mase 1st time blaja zapin dlu umor 15thn..
tanggapan masyarakat amat pelik kn..thx god i born dlm family yg kuat pegang budaya nie....so my fmly terdedah dgn zapin,keroncong,ghazal dll....so xmalu pn nk blaja zapin nie..huhuhu
apa pn sy berbangga jd anak johor n berbangga dgn pena cz blaja zapin ini...
(im Kaseh-pojiepooh patner)

Penapenis said...

Kaseh: i heard bout u from poojie.. keen to c you..
mie: tak pergi dear. hav to work at night on that particular day.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails