Saturday, October 10, 2009

SatriaNeology

Sorrylah for those who are not into cars, wheels, engines whatsoever. Kerana entry kali ini penulis nak bercerita tentang sebuah kereta. Jom, kita belajar sejarah dia dulu (jangan skip! Must read! Penat I buat rujukan tau!).

Generasinya yang pertama dilahirkan oleh Proton pada tahun 1995 di bumi Malaysia. Diilhamkan dari hatchback 3 pintu - Mirage atau Colt yang dikeluarkan Mitsubishi, nama asal yang diberikan kepadanya ketika itu ialah Satria (diambil dari perkataan sanskrit yang bermaksud pahlawan).

Motif? Bercerita tentang Proton Satria?

(Buat-buat tak reti bahasa sambil terus menulis)

Seiring dengan masa, penambahan demi penambahan dilakukan untuk memantapkan Satria. Dengan bantuan teknologi Lotus Engineering, Proton akhirnya berjaya melahirkan Satria GTI pula. Dikatakan sebagai salah sebuah kereta keluaran Proton yang terlaju dan termaju ketika itu, Satria GTi boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 220 kmph/136mph.

11 tahun berlalu. Jun 2006, hasil improvisasi dari Satria GTI, lahirlah generasi kedua Satria yang dibangunkan dengan kos perbelanjaan hampir RM500 juta. Satria generasi kedua ini digelar Satria Neo. Dan Satria Neo inilah subjek utama untuk entry ini.

Wah, skemanya ayat aku, hakkk.

Pada awalnya, Satria Neo yang dikeluarkan dijana oleh enjin inline-4 twin Campro, dengan dua model utama, M-line dan H-line. Dan pada tahun ini, Proton telah melancarkan Satria Neo terbaru versi CPS dengan 1.6 litre Campro yang dilengkapi teknologi CPS dan VIM.

What is Campro? What is CPS and VIM? Otak penulis jammed. Tapi penulis tetap gigih mencari maklumat as i think i have fallen deepy in love with this Satria Neo.

Campro (cam profile) merupakan enjin pertama yang dibangunkan sendiri oleh Proton dengan bantuan Lotus. Enjin Campro dikatakan mampu menjimatkan penggunaan petrol, tapi masih mengekalkan tindakbalas kuasa yang hebat dan cepat. Campro juga dikatakan mempunyai tahap penghasilan bahan toksik yang lebih rendah, lebih senyap dan yang paling penting, kos penyelenggaraannya jauh lebih ekonomik.

CPS ialah singkatan bagi Campro Profile Swithing. Manakala VIM pula singkatan bagi Variable Intake Manifold. CPS dan VIM adalah dua teknologi tambahan yang dibangunkan oleh Proton sendiri untuk memperkasakan enjin Campro supaya lebih fleksibel dalam dua situasi yang berbeza dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan petrol yang rendah. Teknologi tambahan ini telah berjaya membantu meningkatkan kuasa sesebuah enjin Campro hingga ke 125hp @ 6,500rpm (150Nm kuasa putaran atau torque @ 4,500rpm), berbanding kuasa enjin Campro biasa (non CPS) iaitu 110hp @ 6,000rpm (148Nm of torque @ 4,000rpm). Untuk menangani kuasa dan output torque yang lebih tinggi, enjin Campro CPS biasanya mempunyai oil cooler tambahan.

Mata penulis mula berpinar-pinar gara-gara beberapa istilah dan jargons yang penulis kurang faham. Jadi penulis mula sedar, penulis bukanlah orang yang sesuai untuk menulis tentang kereta. Why not kita skip bab spesifikasi terus ke bab detik bermulanya kegilaan penulis pada Satria Neo. Hak hak hak.

4 tahun yang lalu, penulis bersama beberapa orang rakan sedang menunggu bas di tepi jalan di kampus apabila dia tiba-tiba melintasi kami. Dia tidaklah memecut laju. Dia cuma bergerak perlahan, tapi tetap nampak jantan. Berwajah segak. Bermata galak. Warnanya jingga keemasan. Dari jauh, penulis cuma mampu memandang dia berlalu pergi.

" Woww!! Siyes lawa. Body dia tegap! Kaler dia oustanding!" teruja penulis menegur, sambil menelan air liur. Tergoda dan tergiur.

"Hish, pelik je aku tengok. Ekzosnya kat tengah. It's kinda weird! Tu Satria kan?" Sampuk seorang rakan.

"Satria Neo." Sambung seorang lagi rakan.

On the next few days, penulis terserempak lagi si Jantan Jingga ini (nama gelaran yang penulis beri, hehe). Dia berhenti betul-betul di hadapan penulis. Wah! Sebaik saja pintu dibuka, keluarlah seorang makhluk Allah dari perut kereta.

Lah! Perempuan! Bertudung ayu dan berbaju kurung. Si gadis berjalan melepasi penulis sambil bercakap menerusi telefon. Penulis pandang si Jantan Jingga. Merenung setiap inci susuk tubuhnya yang ganteng tak hengatt.

"Tercabar pulak aku tengok perempuan tu drive ko. Kalau aku yang drive ko, mesti lebih meriah. Memang macho habislah.. " teruja penulis menegur si Jingga, sambil menelan air liur. Tergoda dan tergiur, sekali lagi. Penulis mula memasang angan untuk memiliki sebuah Satria Neo suatu hari nanti.

Setahun yang lalu, ketika penulis sedang berkira-kira hendak membeli kereta, penulis suarakan hasrat untuk membeli Satria Neo. Adik beradik menentang. Embi juga membantah. Beberapa orang rakan juga. Tidak berbaloi kata mereka. Kecil dan sempit. Lagipun harganya setara dengan kereta yang lebih besar dan selesa.

"You should buy a bigger car. For your mom's dan dad's sake. Macam mana nak bawa diorang? Takkan nak suruh Mak dan ayah terbongkok-bongkok dalam Neo yang rendah dan sempit?" Tegur seorang rakan. Hurm..

Untuk tutup mulut diorang, I ended up my car quest by buying Zax (definitely not a Neo lah..).

Hampir sebulan yang lalu, seorang kenalan (yang baru penulis kenal) memandu Satria Neo. Diam-diam, I was pretty happy to meet somebody who drives a Satria Neo (baca: I was so damn excited!!!). Lagipun dia memang jenis yang penulis taste. Memandu pula kereta yang penulis mahukan. Damn, what a temptation!!!!

" I beli Neo ni, my family tak suka. My brother lagilah. Tapi well, u know. It is you who drives that bloody car. Not them. I beli kerana I suka. That's it" kata si pemilik Satria Neo itu.

Terdiam penulis. Angan-angan untuk memiliki Satria Neo terpasang kembali. Sebagai permulaan, penulis mula study, mengkaji dan mencari fakta tentang Satria Neo dan versinya yang terbaru, Neo CPS. Dan sedikit sebanyak penulis kongsikan ilmu yang penulis dapat bersama anda di sini. Those who need extra information, penulis cadangkan anda bertandang ke http://www.paultan.org; http://www.proton.com and wikipedia as well. Er, entry kali ni boring kan?? Peace..

Nota kaki bercagu: “You just have to do your own thing, no matter what anyone says. It's your life.” ~ Ethan Embry, actor.











8 comments:

Lasykar Langit dan Bumi said...

kah3 btul lah... xmenarik entri kali ni hehe gurau jer... memang sgt pasal kereta, cuma nk tau camner penulis bercerita pasal kereta hehe

betul tu, kdg2 org lain bkn main sibuk je mengomen pasal kereta yg kita nk beli, ikut suka lah kan... hehe

Unknown said...

uhuhuhu...kete saye nak kuar by next month..ponat dah teman nunggu weh...
hmmm..neo cps putih ku...

Penapenis said...

Bencinyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!! nak jugak!!!!! Nak je aku jual kete aku ni (sambil teringat kat Zax yang baru setahun usianya)

Mohd: you should share and let me know neo's performance...

Unknown said...

Hahaha...meh2..tumpang.. tak pun nanti kita race kan Zax n Puteh(nama neo sye,:).. Tp lambat lg lor..bulan 11 nanti..

Anonymous said...

i setuju..sekarang i tengah berkira2 nak beli kereta yang pada orang lain tak pandang sebelah mata pon..then diaorang sibuk cadangkan suruh beli kereta inilah,kereta itulah..infact, yang bayar installment then bayar bulan2 aku jugak..so ader aku kesah??? thanks untuk entry yang menari kali ni..wpon im not much into car stuff...

Unknown said...

setuju..bia la org nak ckp aper..yg nak mambayor kite gak..hihi..tak sabor teman...

payedd said...

satria neo mmg best
hehe

suka tgk warna jingga n silver
cool

Penapenis said...

payedd: kan! Neo ni nampak macam kendoo sgt..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails