Monday, October 12, 2009

I Love Blog


~Macam mana boleh mula blogging? Best sangat ke blogging ni??~ Soal seorang teman pagi tadi di Facebook.

~dua tiga hari ni, I tak ada idea nak menulis. To be honest, soalan U tadi dah beri I satu idea. Nanti I jawab soalan U tu dalam blog I.~ Jawab penulis.

Penulis sedut asap rokok dalam-dalam. Menikmatinya seketika, dan hembus keluar semula apa yang disedut ke udara. Sambil menyedut, sambil memandang skrin. Mencari idea. Sambil tangan ligat menari di atas keyboard. Mengatur kata, bermain dengan bahasa.

Last year, sebelum penulis terjun ke dunia blog, I hate blogs. Seriously,.. as most of them are using jargons, short-formed words, bahasa yang entah apa-apa dan paling penting, syok sendiri. Berpinar mata penulis baca terutamanya blog yang mempunyai background yang berilustrasi serta huruf yang terlalu berwarna warni.

Suatu hari, pulang dari kerja, penulis lihat Embi kusyuk menghadap komputer, merekabentuk satu poster.

"Lawanya. Awak design untuk apa?" Soal penulis

" Untuk blog saya" jawabnya sepatah.

"Wow, awak ada blog? Nak tengok!" Sambil mengerut kening, dilingkari sangsi, kerana penulis tahu siapa Embi. Makhluk yang tidak suka menulis dan membaca.

"Tak de apa-apa lagi..Kosong. Baru nak mula."

Dan sampai sekarang Embi masih tak bermula. Blog miliknya sudah bersawang. Berhabuk dan mereput lapuk.

Okay. Let us skip Embi's tale and his dream to set up, and manage a blog.

Melihat Embi gigih menyiapkan poster (penuh dengan gambar-gambarnya seorang diri saja - he is a narcissist, indeed) untuk blognya, penulis mula teringin untuk mempunyai blog sendiri. Niat di hati, I wanted it to be my personal online diary. Jadi tak perlulah penulis simpan dan rendam apa yang yang terpendam. Luahkan saja buah fikiran dalam blog.

Thursday, September 18 2008, I posted my very first entry, in my very own blog.

Sebulan. Dua bulan. Tiga bulan. Blog penulis mula bersawang. Berhabuk dan mereput lapuk. Just like Embi's. Tak de masa nokks!

January 2009, penulis ditukarkan ke new branch. Persekitarannya sunyi. Sepi. I started to feel damn boring, as there is no case, no dispute and no issue to be handled at all (kerja penulis mengendalikan masalah pelanggan). Penulis mula teringat pada Pena Penis yang telah penulis bangunkan. Jadi langkah pertama, penulis bersihkan habuk dan sawang di dalamnya. Penulis mula curi-curi menulis. Masa tu penulis memang syok sendiri. I kept on posting my stories. Menulis dan terus menulis (sebetulnya menaip!). Entry demi entry.

Until I received my very first feedback from a stranger.

~ Love ur writing..keep it up. :-)

Hati penulis bertunas rasa bangga. Berputik rasa gembira dan berbunga rasa bahagia. I finally find out there is some one out there, read my entries, and he did love my blog as well. Thanks a lot Mr 'Sepi'.. Kamulah yang menyuburkan Pena Penis (^_^).

Jadi bermulalah hidup penulis sebagai seorang blogger. A discreet blooger ( those yang kenal I, sila diamkan diri** Wink2!)

Why I love blogging?

Sejujurnya, penulis cukup suka membaca feedbacks atau komen-komen dari pembaca. Ibarat ketagih, setiap hari sekurang-kurangnya 10 kali penulis signed in, untuk melihat kalau-kalau ada komen yang perlu diapprovekan. Simple rules! Adanya maklumbalas, maksudnya ada yang membaca! Pada masa yang sama, penulis juga cukup suka membaca entry di blog milik orang lain yang penulis follow. Sampai sekarang dah berpuluh blog yang penulis follow either publicly or anonymously.

Blog, to me is like a magic portion that can control my feelings every single moment. Sometimes, I laugh out loud. Sometimes I smile for miles. Sometimes it comes to grief. Sometimes anger arise (and sometimes it arouses me greatly, terutamanya blog yang agak panas.. hak hak hak)..

And what say you readers?

14 comments:

sYukCurz said...

yeah! luv ur blog.

mohdikram said...

PP.
aM pun rasa perkara yang sama
tidak suka orang menulis (menaip sebetulnya) dengan singkatan-singkatan yang entah dari mana dan siapa penciptanya. kadang-kadang terpaksa membaca berulang kali untuk memahami perkataan singkatan itu.

dan aM pun mula mem'blog'kan diri
kerana bosan. dan ketika itu baru bermula bekerja ditempat baru.

konklusinya, PP harus berterima kasih kepada Embi dan kebosanan. kan?

Lasykar Langit dan Bumi said...

haha... betol tu... blog penulis memang sudah menjadi 'santapan wajib' kalau lasykar berinternet...

dan kalau kita xmampu bicara lisan, biarlah blog berbicara (quote from my fren's blog) hehe lasykar jugak suka blog...

kepuasan dan ketenangan bagi lasykar...

teruskan berblogging yer, lasykar kipas-susah-nak-mati blog penulis ni...

Anonymous said...

serius suka blog PP. menarik, bahasa pun cantik. Saya follower yang setia, pertama kali mengomen,haha, dan discreet jugak. teruskan menulis! err,menaip!

Sofi Zainuddin said...

setuju sesangat with this entry... love ur blog too.. but since my connection very limited now, sofi dah jarang masuk sini... tapi ur blog is veru superb for me..

PP doakan sofi dpt tukar ke KL secepat mungkin k! wink hehehe

DarcyDiaries said...

I "Heart" PenaPenis!

Anonymous said...

tau x... saye suke blog ni....

tq 4 sharing ur loving story...

gaya bhs yg sgt menenangkan minda membacanya...

keep on blogging yer PP...


-bmy (<--- discreet ke... bole la hehe)

Anonymous said...

suka baca byk blog sebab boleh tau ramai org yang menghadapi keadaan, masalah, peristiwa yg sama dgn kita...membuatkan kita trfikir yang ia adalah kehidupan dan membuatkan jd lebih tabah..

razzi@ajeet said...

Apa yang PP buat dulu, telah berlaku pada diri sy sekarang.. Cuma sy masih mencari konsep blog sy sekarang..

cara penulisan pun masih terumbang ambing, bila nak tulis dengan bahasa yang bagus, terasa mcm jiwang sangat pulak.. tapi ape pun skrg menulis ikut mood..

sangat suke bila tau ada org baca blog kita n terus komen padahal tak kenal pun.. rasa seronok berinteraksi dgn org yg tak kenal.. sebab sy pemalu di luar.. jarang nak sembang2 atas meja mamak...

Penapenis said...

1) Betul kata Tan Sri (la sangat!!) Ikram, I patut berterima kasih kepada Embi dan kebosanan. I harap sangat Embi boleh spend sedikit masa membaca PP. At least, dia boleh tahu apa yang terpendam. And that is not gona happen, actually. :D

2)Copie, cepat2lah datang KL. Nanti kita leh update blog sebelah menyebelah kat starbucks. :D

3)Razzi@ajeet, tak semestinya guna proper language itu jiwang. Its up to you to mould it accordingly. Walaupun rojak, I tetap cuba guna proper language. Kerana I sayang bahasa Melayu (yang lengkap). Oh ya, U dah ada 3 blog! Dasyat!!

4)Syuk, Lasykar, anonymous1, anonymous2 dan anonymous3, terima kasih sebab sudi jadi pembaca PP! Bersamalah kita menceriakan hari antara satu sama lain.

5) Mr Sepi.. (",) Jangan sepi2 lagi tau..Ceria-ceriakanlah diri. Nanti I panggil U Mr Ceria pula..

Indra said...

you'll never know who's out there yang baca ur blog and sumetimes, orang yang tak disangka2 interested in you is actually reading every entry yang u buat.

tapi papepun, ur blog is an interesting one to read... keep it up.. =)

Joey said...

you seem more approachable here berbanding kalau jumpa betul2...

hahaha

ordinary girl said...

yup..same goes with me..setiap hari i akan curi masa untuk update blog sebab i suka menulis. sebelum i kenal dengan blogspot, i tulis blog dalam friendster je. blog ni mcm archive yang simpan suka duka kita, tawa dan tangis kita, dan kadang-kadang pemberontakan emosi kita.
btw mr PP, i love your blog sebab i suka gaya u bermain dengan bahasa..teruskan menulis, n i akan teruskan membaca *wink*

Penapenis said...

Ordinary girl: Thanks. It's good to know a sweet girl like u read my 'songsang' blog. But be careful. Sometimes I post something yang naughty.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails